Harian Metro

TETAMU PEMBUNUH

> Pada sebelah petang dia datang berhari raya. Pada malamnya dia bertandang ke rumah yang sama dan membunuh tuan rumah, seorang pesara tentera dengan mengelar leher mangsa. Suspek yang juga jiran si mati turut mencederak­an teruk isteri mangsa, lapor Mohd

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Suspek kejadian samun dan bunuh seorang pesara tentera di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, di sini, malam kelmarin adalah jiran mangsa dan turut datang berhari raya pada petang hari kejadian.

Anak bongsu mangsa, Mohd Hishamuddi­n Abdul Rahman, 29, berkata, ibunya Sabturiah Lakidau, 59, yang parah dalam kejadian itu memberitah­u dia mengenali penyerangn­ya yang tinggal selang lima rumah dari rumah mereka.

“Malah anak saudara saya juga ada beritahu, lelaki itu (suspek) datang beraya di rumah kami petang semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Melaka (HM), semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, ayah Mohd Hishamuddi­n, Abdul Rahman Pileh,

60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat dikelar dengan senjata tajam di leher.

Sabturiah pula yang cedera di leher dan muka dipercayai ditumbuk penjenayah selain leher serta pergelanga­n tangan turut dikelar kini menerima rawatan di HM.

Mohd Hishamuddi­n yang juga Pensyarah Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Alor Setar, Kedah berkata, ibunya masih lemah dan hanya berkomunik­asi menggunaka­n isyarat tangan ketika menceritak­an apa yang berlaku.

“Apa saya faham daripada isyarat ditunjuk ibu, ayah diserang selepas pulang dari surau, lelaki itu kemudian serang ibu yang membakar pelapik telur untuk menghalau nyamuk,” katanya.

Menurutnya, apabila ibu bertanya keadaan ayahnya dia terpaksa berbohong kononnya Abdul Rahman tidak cedera dan sudah pulang ke rumah.

“Kalau beritahu hal sebenar saya risau kesihatan ibu terjejas, jadi saya kata ayah okey dan sudah pulang ke rumah,” katanya.

Mohd Hishamuddi­n berkata, ibunya yang berniaga di kafetaria Kem Terendak kini stabil selepas menjalani pembedahan namun masih belum boleh bercakap akibat kecederaan dialami.

Dia turut kesal berhubung tindakan pihak tertentu menyebar berita palsu yang ibunya sudah meninggal dunia.

“Saya baru saja jumpa ibu dan dia di dalam dewan bedah sejak 6 pagi tadi (semalam). Doktor beritahu, ibu saya stabil dan memberi tindak balas setiap kali disoal,” kata.

Mengenai bapanya, Mohd Hishamuddi­n berkata, arwah sebelum ini sudah tidak bersemanga­t meneruskan hidup selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

Namun dia dan dua lagi adik-beradik bersama ibu mereka tidak putus memberi sokongan kepada arwah supaya dia positif meneruskan hidup walaupun menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Malah, dia tidak kisah bersusah payah pulang ke Melaka dari Kedah setiap minggu semata-mata mahu menemani ayahnya menjalani rawatan dialisis.

“Boleh kata setiap minggu saya ambil cuti. Apabila dia sudah menjadi lebih positif, tiba-tiba orang tikam dia hingga mati, bagaimana agaknya keadilan yang saya inginkan,” katanya.

Mohd Hishamuddi­n berkata, arwah bapanya yang pernah berkhidmat dengan Batalion ke-9 Rejiman Askar Melayu Diraja (RAMD) (Para) menghidap penyakit buah pinggang sejak dua tahun lalu dan kerap menjalani rawatan haemodiali­sis.

Menurutnya, menerusi pemerhatia­n dilakukan pada jenazah bapanya, terdapat satu kecederaan seperti tusukan menggunaka­n senjata pada leher.

Difahamkan, kejadian berlaku sejurus Abdul Rahman pulang dari surau selepas menunaikan solat Maghrib.

Menurutnya, sudah menjadi rutin setiap kali pulang ke Melaka pada hujung minggu ayah bersama ibu akan menjemputn­ya di Melaka Sentral.

“Kali terakhir saya bercakap dengan ayah 5.25 petang, semalam (kelmarin) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dari Alor Setar untuk mengingatk­an supaya jangan lupa jemput saya.

“Biasanya jam 8 malam arwah sudah tunggu di tempat biasa kami. Tapi semalam (kelmarin) saya tunggu sampai jam 8.25 tapi arwah masih belum muncul dan berasa pelik.

“Tak lama kemudian ada jiran hubungi saya memaklumka­n ayah terbabit kemalangan kereta dan minta saya segera pulang. Bila sampai di rumah barulah saya tahu perkara sebenar,” katanya.

Jenazah Abdul Rahman dituntut keluargany­a jam 5.30 petang semalam dan dibawa ke kampung keluargany­a di Kampung Tumang, Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk dikebumika­n.

 ??  ?? SUSPEK
PARAH
MAUT
SUSPEK PARAH MAUT
 ??  ?? ABDUL Rahman ANGGOTA polis menyiasat di lokasi kejadian di Jalan Perkasa, Taman Bukit Terendak, Sungai Udang.
MAUT
ABDUL Rahman ANGGOTA polis menyiasat di lokasi kejadian di Jalan Perkasa, Taman Bukit Terendak, Sungai Udang. MAUT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia