Harian Metro

PEMBURU HARTA KARUN TERHEBAT

Lima jaguh permainan ‘treasure hunt’ digeruni ramai akibat kecekapan mereka

- Suraya Roslan dan Fardy Bungga am@hmetro.com.my

Dua kereta buatan Eropah, wang tunai RM50,000, pakej pelayaran kapal mewah dan percutian ke luar negara serta pelbagai hadiah menarik lain.

Itu antara habuan yang pernah diterima seorang

master treasure hunt menerusi lebih 50 pertanding­an memburu harta karun yang disertai dalam tempoh tujuh tahun lalu.

Bagi Salehuddin Yusof,

48, menjadi pemburu harta karun seolah-olah menjadi ketagihan yang sukar dibuang malah pernah

‘lari’ dari hospital walaupun luka selepas sehari pembedahan apendiks masih baru. Salehuddin antara

master pencari harta karun yang sangat dikenali dalam kalangan komuniti ‘pemburu’ di negara ini.

Selain eksekutif kejurutera­an di sebuah penyiaran swasta itu, master lain termasuk Haslinda Shamsuddin,

39; Kheirul Nazib Mahmud, 44; Mohd Izhar Abd Shukor, 49, dan Faizah Ahkam, 36, juga cukup dikenali dalam kalangan mereka sehingga membentuk satu kumpulan kecil.

Kehadiran mereka dalam pertanding­an itu sentiasa digeruni oleh pemburu lain lantaran kebolehan menyelesai­kan soalan menguji minda dan membaca peta tulip.

Siapa sangka sebenarnya lima sekawan ini tidak mengenali antara satu sama lain, namun di setiap pertemuan memburu harta karun itu berjaya menyatukan persahabat­an hingga membentuk satu kumpulan kecil dikenali sebagai Treasure Hunt Society dengan pengalaman setiap ahlinya antara tujuh hingga 30 tahun.

Salehuddin berkata, selepas berkecimpu­ng secara serius sebagai pemburu sejak 2010, dia berjaya memenangi dua kereta iaitu Volkswagen Jetta dan Peugeot 408 pada 2013 dan 2014 serta pelbagai hadiah lain.

“Namun bukan hadiah dan wang tunai yang dikejar, sebagai seorang master kepuasan menyelesai­kan teka-teki dan petunjuk menjadi keutamaan saya.

“Dalam setiap pertanding­an, saya hanya fokus mahu menjawab semua soalan dan menyelesai­kan tugasan diberi tanpa memikirkan sebarang habuan serta hadiah bakal diterima,” katanya.

Menurutnya, dia juga pernah melakukan kerja

‘gila’ apabila dalam satu pertanding­an memburu harta karun ke pantai timur, tiba-tiba kereta dinaiki bersama ahli kumpulan lain rosak di pertengaha­n jalan.

“Bayangkan saya sanggup ke rumah anak saudara dan ‘melarikan’ keretanya semata-mata tidak mahu terlepas pertanding­an, kenangan itu akan dikenang sampai akhir hayat kami.

“Malah, saya sanggup melarikan diri daripada hospital sehari selepas pembedahan apendiks semata-mata tidak mahu melepaskan peluang ‘berburu’,” katanya yang memasuki pertanding­an itu sebulan sekali.

Bagi suri rumah Haslinda menjadi pemburu banyak mengajarny­a erti menghargai masa, berdisipli­n selain merapatkan hubungan kekeluarga­an.

“Saya sangat menjaga masa, bayangkan kami sanggup tidak makan dan minum serta ke tandas hampir tujuh jam pertanding­an berlangsun­g semata-mata mahu menyelesai­kan soalan dengan cepat seterusnya menuju ke garisan penamat.

“Tidak mudah menjadi seorang pemburu tetapi ia betul-betul menguji kesabaran, bayangkan kami boleh bergaduh dalam kereta malah sanggup meninggalk­an rakan sepasukan di tepi jalan semata-mata bercanggah pendapat,” katanya.

Menurutnya, selesai pertanding­an mereka boleh berbaik semula dan ketawa bersama untuk membentuk kenangan manis.

“Dapat hadiah itu satu bonus, tetapi menyelesai­kan soalan diberi adalah satu keutamaan kerana ia mencabar diri kami,” katanya.

Tidak kurang perunding pemasaran

Kheirul Nazib yang sudah menjadi

‘pemburu’ sejak 2006 menjadikan setiap pengalaman dan kenangan sebagai pemburu untuk membina empayar perniagaan dalam pertanding­an harta karun.

“Saya membantu syarikat yang mahu mengadakan acara itu dengan membuat soalan dan mereka beberapa tugasan.

“Namun perbezaan mencari harta karun dulu dan sekarang sangat ketara, bayangkan dulu kami akan membawa kamus bahasa Melayu dan Inggeris, namun kini hanya telefon bimbit saja dan semua maklumat di hujung jari,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia