Harian Metro

SELUAR JADI BUKTI

- Hairie Norli am@hmetro.com.my

Ambil baju dan seluar mangsa sebagai bahan bukti. Itu perkembang­an terkini dilakukan polis dalam siasatan membabitka­n kes cabul Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong terhadap seorang pelayan wanita di sebuah pusat hiburan, di sini, 6 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, selain itu, polis turut merakam percakapan beberapa saksi dan keluarga mangsa bagi melancarka­n siasatan kes terbabit.

Menurutnya, polis turut melakukan kawad cam dan mendapati mangsa dapat mengecam suspek dan pihaknya turut menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ke bahagian teknik (D6) untuk dianalisis.

“Kita sudah melengkapk­an kertas siasatan yang seterus- nya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Isnin ini,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an sama, Mahkamah Majistret, di sini, semalam menolak permohonan polis bagi melanjutka­n tempoh reman terhadap suspek kes cabul terbabit.

Perkara itu dimaklumka­n peguam bela suspek, E Gna- segaran ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Pulau Pinang. Gnasegaran berkata, permohonan itu ditolak Penolong Kanan Pendaftar, Kamarul Hasyime Rosli selepas pihaknya memaklumka­n akan bekerjasam­a dengan polis sepanjang siasatan kes terbabit.

“Polis mengemukak­an permohonan melanjutka­n reman tiga hari terhadap anak guam kami bagi melengkapk­an siasatan, selain turut berhasrat merakam kenyataan beberapa saksi lain.

“Bagaimanap­un, kami memaklumka­n mahkamah tiada keperluan untuk berbuat demikian, selain akan memastikan kehadiran suspek sekiranya dia dipanggil polis bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Suspek yang berusia 50 tahun dibawa ke mahkamah jam 10.25 pagi.

Khamis lalu, suspek ditahan selepas hadir bersama peguamnya untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) kerana didapati mencabul pelayan wanita yang baru sehari bekerja di sebuah pusat hiburan di Jalan Lebuh Pantai, 6 Julai lalu.

Mangsa yang berusia 21 tahun dipeluk dan dicium selain turut dipaksa melakukan seks oral dan juga ditawarkan sejumlah wang sekiranya sudi bermalam dengan suspek.

 ??  ?? SUSPEK dibawa ke mahkamah untuk direman.
SUSPEK dibawa ke mahkamah untuk direman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia