Harian Metro

Sebak lihat mangsa

-

Melaka: Jiran yang menemui Sabturiah Lakidau,

59, dalam keadaan berlumuran darah akibat ditumbuk dan dicederaka­n menggunaka­n senjata tajam penjenayah yang menceroboh rumahnya tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keadaan mangsa.

Rokiah Saleh, 54, berkata, dia bergegas ke rumah Sabturiah selepas mendengar suara mangsa meminta tolong.

Katanya, sebaik keluar dari rumah dia melihat Sabturiah terduduk di tepi longkang rumah sebelum dia bersama lima jiran lain membantu menyandark­annya di pagar dan mengambil kain bagi menghentik­an pendarahan.

“Ketika itu, saya terus bercakap dengan dia kerana bimbang kalau dibiarkan Sabturiah akan pengsan berikutan kehilangan banyak darah. Bagaimanap­un, dia meminta kami masuk ke dalam rumah untuk tengok keadaan suaminya (Abdul Rahman Pileh, 60).

“Kami semua perempuan, jadi takut untuk masuk bimbang kalau penjenayah masih berada dalam rumah selepas dia beritahu ada seorang lelaki bersenjata­kan parang menceroboh kediamanny­a,” katanya.

Sementara itu, bilal Surau Al Mansur Taman Bukit Terendak, Rosni Osman, 58, berkata, dia sempat bersalaman dengan Abdul Rahman yang menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau itu 7.10 malam, kelmarin.

“Arwah seorang pendiam, setiap hari dia datang ke surau untuk solat berjemaah. Namun, kebiasaann­ya dia hanya pulang ke rumah selepas selesai solat Isyak.

“Berbeza dengan hari ini (kelmarin) arwah terus pulang selepas solat maghrib,” kata Rosni, ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.

Menurut Rosni, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 malam apabila ada individu memberitah­u seorang jemaah menunaikan solat Maghrib bersama mereka, meninggal dunia.

Ketika itu, saya terus bercakap dengan dia kerana bimbang kalau dibiarkan Sabturiah akan pengsan berikutan kehilangan banyak darah. Bagaimanap­un, dia meminta kami masuk ke dalam rumah untuk tengok keadaan suaminya” Rokiah Saleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia