Harian Metro

RM3 JUTA BANTU ATLET

- Omar Osman am@hmetro.com.my

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan menyambung semula skim bantuan kebajikan yang disalur sebelum ini kepada bekas atlet selepas dibekukan sejak dua bulan lalu.

Pengurus Besarnya, Zuhairi Badul Manaf berkata, sebelum ini skim bantuan atau surat jaminan (GL) daripada yayasan itu dibekukan sejak 1 Mei lalu ekoran peruntukan yang terima lewat menyebabka­n skim itu terpaksa dibeku sementara waktu.

Katanya, lazimnya pada Mac, YAKEB akan menerima dana melalui Kementeria­n Kewangan, tetapi tahun ini peruntukan itu lewat sedikit.

“Namun atas keprihatin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau menyalurka­n dana RM3 juta dua hari sebelum Aidilfitri lalu.

“Jadi bermula 1 Ogos ini, kita mengeluark­an semula GL buat bekas atlet yang mendapatka­n rawatan di hospital yang dibeku sebelum ini.

“Ini memberi kelegaan kepada sebahagian besar bekas atlet yang begitu mengharap bantuan daripada aspek perubatan yang disalurkan yayasan ini,” katanya selepas menziarahi dan menyampai sumbangan kepada legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Namat Abdullah di rumahnya di Taman Peruda, semalam.

Hadir sama bekas jurulatih kebangsaan, Datuk M Kuppan dan Pengurus Operasi YAKEB, Aminuddin Mohd Nasir.

Sementara itu, Namat berkata, beliau amat terharu dengan keperihati­nan YAKEB yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan bekas atlet kebangsaan dan tampil membantu.

“Saya berterima kasih kepada YAKEB kerana sentiasa mengambil berat dan sering

 Skim YAKEB aktif semula selepas dibekukan dua bulan

bertanya khabar saya, begitu juga Kuppan dan rakan lain yang amat mengambil berat masalah kesihatan saya,” katanya.

 ??  ?? ZUHAIRI (kanan) menziarahi Namat di Taman Peruda, semalam.
ZUHAIRI (kanan) menziarahi Namat di Taman Peruda, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia