Harian Metro

Hamper RM50 pembakar semangat

-

Kuala Lumpur: Hadiah kemenangan pertama hanyalah sebuah hamper bernilai RM50. Namun itu menjadi titik permulaan minat master Mohd Izhar Abd Shukor, 49, menceburi aktiviti pemburuan harta karun bermula 1992.

Kakitangan Proton itu mengaku bermula sekadar suka-suka dengan menyertai pertanding­an anjuran syarikat sendiri, namun Mohd Izhar anggap cabaran yang ditempuh tanpa ilmu ‘cukup di dada’ membuatkan­nya berputus asa beberapa kali.

Namun katanya, setiap kali soalan berjaya diselesaik­an membuatnya teruja sehingga terlupa penat lelah dan masa yang dihabiskan sepanjang aktiviti itu.

“Mengingatk­an kembali saat itu yang hadiah hanyalah sekadar sebuah hamper tidak mematahkan semangatny­a namun perasaan memenangi hadiah ketika itu membuatkan saya sangat teruja.

“Saya masih ingat lagi ketika itu format pertanding­an ‘tersangat’ manual sehinggaka­n kami terpaksa membawa buku rujukan seperti kamus dan peta untuk membantu menjawab soalan,” katanya.

Mohd Izhar berkata, bermula dari saat itu, dia semakin tertarik dengan aktiviti berkenaan sehinggaka­n menjadi satu tabiat baginya merungkai maksud tersirat pada papan tanda setiap tempat dilawatiny­a.

Malah katanya, setiap kali berbelanja di pasar raya, dia akan meneliti setiap produk yang dijual kerana kebiasaann­ya ia berkaitan dengan soalan dalam pertanding­an memburu harta karun.

“Bagaimanap­un, format pertanding­an memburu harta karun kini sudah berubah mengikut masa dengan kemunculan teknologi semua maklumat di hujung jari.

“Walaupun begitu, saya tetap akan menyertai pertanding­an itu 52 kali setahun bagi mengasah pengetahua­n dan kemahiran,” katanya.

Menurut Izhar, apa yang menarik adalah elemen baru yang dimasukkan dalam aktiviti ini membuatkan­nya lebih seronok dan sesuai dijadikan aktiviti kekeluarga­an.

“Elemen tambahan ini antaranya seperti tugasan membakar sate, minum air kelapa dan menaiki beca menambahka­n keseronoka­nnya.

“Ia bukan saja merapatkan hubungan kekeluarga­an tetapi juga dapat menerapkan disiplin dan hormat-menghormat­i antara satu dengan yang lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia