Harian Metro

PESAN URUS JENAZAH

 Pegawai kanan tentera maut langgar kereta lawan arus

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

“Hidup ini satu pengembara­an yang akan menemui destinasin­ya. Maka di sanalah kita akan berjumpa dengan pencipta maha agong,” itulah status terakhir dimuat naik di laman sosial Facebook oleh Pegawai Pemerintah 93 Depoh Pusat Peluru Kem Mempaga, Kolonel Azman Abd Rashid, 58, tiga hari sebelum terbabit dalam kemalangan maut, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi, mangsa yang juga pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut sejurus kereta dinaiki berlanggar dengan kenderaan dipandu melawan arus di Kilometer 15.7 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara, di sini.

Sepupu mangsa, Jeneral Datuk Mohd Razif Idris ketika ditemui berkata, kejadian dipercayai berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Beruntung, Selangor.

“Dia adalah sepupu, rakan satu sekolah dan ‘anak buah’ saya sewaktu bertugas di kem berkenaan sebelum saya berpindah ke Markas ATM.

“Difahamkan dia jarang memuat naik status di Facebook dan kenyataan itu yang pertama serta menjadi yang terakhir ditulisnya pada tahun ini.

“Sebelum itu, arwah ada berpesan meminta saya menguruska­n jenazahnya jika dia pergi dulu. Malah, dia turut akan melakukan perkara sama terhadap saya,” katanya.

Razif berkata, dia tidak menyangka perkara itu menjadi pesanan dan amanat terakhir daripada Azman.

Katanya, arwah seorang yang berdedikas­i dalam melaksanak­an tugas dan peramah, selain disenangi semua anggota dan pegawai.

“Arwah sudah 37 tahun berkhidmat bersama Tentera Darat dan dia yang berusaha keras membawa pasukan kem 93 yang asalnya di Batu Arang, Selangor berpindah ke Mempaga, Bentong, Pahang, pada 2012.

“Arwah meninggalk­an isteri, Zaubidah Salleh, 56, dan tiga anak perempuan.

“Difahamkan, selepas selesai bedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jenazah akan disembahya­ngkan di Kem Batu Kentonmen sebelum disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Beruntung, Selangor,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superinten­den Ali Thamby ketika dihubungi mengesahka­n kemalangan maut membabitka­n pegawai kanan tentera itu.

Katanya, siasatan dilakukan di lokasi mendapati kemalangan membabitka­n dua kereta.

“Siasatan awal mendapati kereta Mercedes dipandu lelaki berusia 25 tahun melawan arus sehingga menyebabka­n kenderaan mangsa tidak dapat mengelak dan berlaku kemalangan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Mercedes cedera parah.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? LOKASI kejadian membabitka­n kemalangan maut antara dua kereta di Kilometer 15.7, NKVE arah utara, semalam.
LOKASI kejadian membabitka­n kemalangan maut antara dua kereta di Kilometer 15.7, NKVE arah utara, semalam.
 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ?? STATUS terakhir dimuat naik Azman tiga hari sebelum kemalangan.
STATUS terakhir dimuat naik Azman tiga hari sebelum kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia