Harian Metro

‘TIADA LAGI SMS NASIHAT’

- Am@hmetro.com.my

“Ayah dilihat bersungguh-sungguh menyiapkan set kerusi kayu. Tidak sangka ia kenangan terakhir buat kami sekeluarga,” kata Nurin Qistina Hashim, 19, anak kepada pekerja kilang yang maut dalam kemalangan di Kilometer 0.8 Jalan Kampung Kampung Sawah, Pekan Nanas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Hashim Yusof, 49, maut selepas motosikal ditunggang­nya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta.

Kejadian itu mengakibat­kan mangsa yang juga ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Nurin Qistina berkata, mereka sekeluarga pelik dengan sikap arwah bapanya itu kerana menyiapkan kerusi daripada bahan terbuang biarpun tidak mahir bertukang.

“Dia (arwah ayah) mahu menyiapkan kerusi itu sehari sebelum Aidilfitri dan kerusi berkenaan dapat digunakan pada hari raya lalu.

“Kami tidak menegur usaha ayah menyiapkan kerusi itu meskipun sedar dia tidak begitu pakar dalam kerja pertukanga­n,” katanya

 Lelaki maut motosikal ditunggang

dirempuh kereta warga emas

ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pontian, malam kelmarin.

Dia yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu masih menuntut di Kolej Vokasional Azizah Johor Bahru dalam bidang kecantikan.

“Ayah ketua keluarga yang penuh bertanggun­gjawab dan sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) nasihat termasuk kepada adik (Muhammad Hafis,18) yang belajar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading Batu Pahat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Superinten­dan Zakariah Abd Rahman ketika dihubungi mengesahka­n kemalangan meragut nyawa pekerja kilang di Pekan Nanas itu.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu warga emas dari arah Kampung Sawah Sri menanti ke Pekan Nanas bertembung dengan sebuah motosikal mangsa.

 ??  ?? MOTOSIKAL milik Hashim (gambar kecil) sejurus bertembung dengan kereta dipandu warga emas.
MOTOSIKAL milik Hashim (gambar kecil) sejurus bertembung dengan kereta dipandu warga emas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia