Harian Metro

GELORA CEMBURU SUAMI BELUM SEMPAT NIKMATI DUNIA

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Beaufort

Berang selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain menerusi laman sosial Facebook (FB), seorang wanita parah ditetak suami menggunaka­n parang di belakang kedai runcit milik mangsa di Kampung Bawan, Membakut, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa berusia 45 tahun yang parah di bahu kanan dan kedua-dua tangan dibawa ke Hospital Beaufort sebelum dipindahka­n ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, suspek yang bekerja sebagai penoreh getah ditangkap oleh anak saudaranya selepas dia mengaku menetak mangsa sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah

Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, berlaku pertengkar­an antara suspek dan mangsa di belakang kedai runcit miliknya kira-kira 20 meter dari rumah mereka.

“Suspek dikatakan menetak wanita itu dengan parang pada bahu kanan dan kedua-dua tangan mangsa sebelum suspek beredar dan pergi ke rumah anak saudaranya.

“Dia memaklumka­n kepada anak saudaranya dia menetak isterinya.

“Anak saudara suspek yang terkejut menahan suspek ketika lelaki itu hendak melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azmir berkata, seorang daripada ahli keluarga suspek bergegas ke lokasi kejadian dan menghubung­i ambulans selepas mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan manakala suspek diserahkan kepada anggota Balai Polis Membakut yang tiba di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati punca kejadian akibat suspek cemburu selepas mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain menerusi Facebook,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah dipindahka­n ke HQE 1 untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil manakala suspek dan parang panjang dibawa ke Ibu

Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk siasatan lanjut.

 Wanita parah ditetak selepas disyaki ada hubungan dengan lelaki lain menerusi laman FB

 Penduduk terkejut jumpa bayi dibuang dalam plastik sampah

Subang Jaya

“Hanya manusia berhati binatang sanggup membuang bayi seperti ini di dalam plastik sampah,” ujar salah seorang penduduk pangsapuri Taman Puchong Indah, Puchong, Zulhelmi Hassan, 32.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari kelmarin, mayat bayi perempuan disumbat di dalam beg plastik sampah sebelum ditinggalk­an di tingkat bawah pangsapuri itu.

Mayat bayi itu bagaimanap­un ditemui penghuni sebelum segera melaporkan­nya kepada polis.

Zulhelmi berkata, mayat bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian selain luka berlubang pada kaki kirinya.

“Tidak dapat dipastikan usia bayi itu namun saya percaya bayi itu baru dilahirkan beberapa hari lalu. Saya harap polis dapat menyiasat individu atau penghuni di pangsapuri ini yang melakukan tindakan kejam berkenaan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pemeriksaa­n dilakukan anggota balai Polis Puchong mendapati mayat bayi berkenaan diletakkan di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

“Mayat ditemui dalam beg plastik berwarna hitam yang diletakkan di tepi blok. Pemeriksaa­n dilakukan mendapati bayi itu sudah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan individu bertanggun­gjawab yang membuang bayi itu,” katanya.

 ?? Azmir ?? Dia memaklumka­n kepada anak saudaranya dia menetak isterinya
ORANG ramai melihat tempat bayi dijumpai di Pangsapuri Taman Puchong Indah.
Azmir Dia memaklumka­n kepada anak saudaranya dia menetak isterinya ORANG ramai melihat tempat bayi dijumpai di Pangsapuri Taman Puchong Indah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia