Harian Metro

Yuran pengajian PISMP masih ditanggung ‘CEF’ TERMAHAL

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Tiada lagi elaun sara diri dan belanja tambang balik untuk pelajar pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai Jun tahun depan.

Kementeria­n Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata, bagi pelajar IPG sedia ada iaitu ambilan sebelum Jun 2017, mereka akan terus menerima elaun seperti yang diselarask­an mulai 1 Januari 2017 iaitu pada kadar RM430 sebulan, selain belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian.

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan akan terus menanggung yuran pengajian bagi PISMP berjumlah RM27,831 bagi setiap pelajar sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

“Bagi pelajar ambilan Jun 2017 pula, tiada elaun akan diberikan mulai Jun 2018 dan akan menikmati elaun sara diri dan belanja tambang balik selama setahun saja,” katanya.

Pakar kimia tempatan yang mahir memasak dadah syabu adalah antara 12 individu yang diberkas polis dalam lima serbuan di bandar raya ini membabitka­n rampasan dadah bernilai RM6.2 juta, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, serbuan bermula jam 6.15 petang hingga 8 malam itu dilakukan anggota JSJN Bukit Aman bersama Pasukan Khas Narkotik (STING) bagi melumpuhka­n kegiatan sindiket dadah antarabang­sa.

Menurutnya, operasi dilakukan bagi memburu saki baki anggota sindiket pengedaran dadah tempatan dan antarabang­sa yang pernah ditahan dalam serbuan di Selangor dan Johor Bahru Januari lalu.

“Semua 12 suspek terbabit ditahan polis di Perling, Larkin dan Bandar Dato Onn, Johor.

“Kejayaan ini susulan rampasan dadah bernilai RM3 juta dalam lapan serbuan termasuk sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di bandar raya ini dan Selangor pada Januari lalu,” katanya.

Mokhtar berkata, individu ditahan adalah sindiket pengedaran dadah untuk pasaran antarabang­sa termasuk Singapura dan Indonesia.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bersama bahan kimia dan pelbagai peralatan digunakan untuk memproses dadah, empat pucuk pistol, 140 butir peluru dan sebutir bom tangan.

“Turut dirampas pelbagai mata wang, tujuh kenderaan, tujuh utas jam tangan dan pelbagai barangan kemas,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan membabitka­n tujuh lelaki dan lima perempuan berusia 21 hingga 58 tahun termasuk warga tempatan dan asing.

“Selain lima lelaki tempatan berusia 29 hingga 58 tahun, seorang suspek lelaki warga Singapura, seorang lelaki warga Vietnam, empat perempuan warga China dan seorang perempuan Vietnam ditahan dalam serbuan itu.

“Pada masa sama, pakar kimia tempatan antara individu pernah ditahan sebelum ini turut ditahan sekali lagi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya dadah dihasilkan itu untuk pasaran Singapura dan Indonesia.

“Manakala bahan kimia digunakan untuk memproses dadah berkenaan dibawa dari China dan mereka mempelajar­i kaedah memproses dadah menerusi Internet,” katanya.

“Kami percaya rampasan syabu ini boleh menampung keperluan 281,000 penagih,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, selain warga asing disiasat bersama Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 Polis rampas dadah bernilai RM6.2 juta, tahan 12 individu

 ?? FOTO: ZAIN AHMED ?? MOHD Mokhtar
( t en gah ) menunjukka­n barang kes hasil serbuan
ke atas makmal memproses syabu.
FOTO: ZAIN AHMED MOHD Mokhtar ( t en gah ) menunjukka­n barang kes hasil serbuan ke atas makmal memproses syabu.
 ??  ?? WANG tunai dan peralatan serta bahan memproses dadah yang dirampas.
WANG tunai dan peralatan serta bahan memproses dadah yang dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia