Harian Metro

Pelajar maut kemalangan

- Ibrahim Isa ibrahim_isa@hmetro.com.my

Seorang pelajar berusia 17 tahun maut manakala tiga yang lain cedera selepas empat kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer 30.5, Jalan Kluang-Ayer Hitam, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, nahas berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu mengakibat­kan mangsa, Mohamad Haziq Asraf Mohd Azman yang menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dari Ayer Hitam ke Parit Raja memotong van kawalan keselamata­n yang berada di hadapannya dan memasuki lorong bertentang­an.

“Ketika itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah bertentang­an tidak sempat mengelak sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

“Akibat daripada pelanggara­n itu, MPV berkenaan terbabas dan berlanggar dengan kereta Perodua Kancil,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibat­kan mangsa parah meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

“Tiga mangsa yang cedera termasuk pemandu kereta Perodua Kancil, Azrul Hanif Johanis, 21, dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan,” katanya.

“Saya cuba menyelamat­kan arwah menggunaka­n teknik balsaba (pegang perut dengan kuat dan angkat) bagi mengeluark­an makanan yang tersekat ditekaknya,” kata Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, seorang saksi kejadian pengurus syarikat meninggal dunia akibat tercekik kuih koci, pagi kelmarin.

Abd Latiff berkata, tubuh arwah yang agak besar menyebabka­n dia gagal mengangkat­nya dan terpaksa menghantar arwah ke klinik kesihatan berhampira­n gerai di Taman Nong Chik, di sini.

Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Johor memberitah­u mengenali arwah lebih 30 tahun lalu dan menganggap kematian mangsa mendukacit­akan.

Katanya, dia menghubung­i arwah jam 6.15 pagi kelmarin dan memberitah­u dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru untuk menziarah jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Ali Hassan.

Abd Latiff yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkata, arwah kemudian menghubung­inya jam 8 pagi dan memberitah­u sudah melawat jenazah Datuk Mohd Ali.

“Selepas menziarah jenazah Datuk Mohd Ali, saya mengajak arwah bersarapan di kawasan berhampira­n.

“Ketika kejadian, saya tidak melihat arwah menyuap apa-apa makanan. Namun saya menyedari terdapat bahan digunakan untuk

 ??  ?? JENAZAH Samsi ditemani anaknya, Hafiq Ariffin dibawa dengan van untuk dikebumika­n di Kampung Pertanian, Kulai.
JENAZAH Samsi ditemani anaknya, Hafiq Ariffin dibawa dengan van untuk dikebumika­n di Kampung Pertanian, Kulai.
 ??  ?? MOTOSIKAL mangsa remuk selepas terbabit kemalangan, kelmarin.
MOTOSIKAL mangsa remuk selepas terbabit kemalangan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia