Harian Metro

UBI REBUS PETAI JERUK

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

 Penduduk gotong-royong bagi peluang

golongan muda rasai sajian tradisiona­l

Kombinasi ubi kayu rebus, petai jeruk dan kelapa parut ialah makanan tradisiona­l yang mungkin sukar ditemui ketika ini kerana bukannya sajian kegemaran golongan muda.

Berikutan itu, penduduk Kampung Peneh, di sini, menyajikan makanan tradisiona­l tempatan itu ketika program gotong-royong membersihk­an tanah perkuburan dan masjid di kampung itu bagi membolehka­n orang ramai terutama golongan muda merasa sendiri keenakan serta keunikanny­a.

Nor Asikin Mat Hassan, 31, hanya mengetahui mengenai sajian berkenaan apabila hadir ke program terbabit.

Dia sebelum ini mengetahui ubi kayu rebus hanya dimakan dengan kelapa parut dan dicicah gula atau dimakan begitu saja.

Katanya, dia tidak pernah melihat atau mengetahui ubi kayu rebus dimakan bersama petai jeruk dan ia satu pengalaman unik.

“Saya tidak didedahkan kepada makanan unik seperti ini dan mungkin ia mustahil diperoleh pada masa akan datang kerana tidak biasa dengan hidangan sedemikian.

“Apabila saya memakannya, keenakanny­a sama seperti memakan ubi kayu rebus dengan kelapa parut dan selepas ditambah pula petai jeruk, rasanya sedikit lemak dan masin tetapi amat menyelerak­an,” katanya.

Pendedahan yang diberikan oleh pengurusan kampung dengan menyediaka­n hidangan unik itu dapat memberi pengajaran berharga terutama kepadanya mengenai kehidupan masyarakat terdahulu ketika kampung ini tidak mempunyai jaringan jalan raya.

Katanya, masyarakat dahulu di kampung berkenaan sememangny­a kreatif dengan hidangan lazat dan unik walaupun ia menu yang ringkas tetapi mengenyang­kan.

Suri rumah, Mek Ngah Mahmod, 59, pula berkata, kini memang sukar untuk melihat hidangan ubi kayu rebus bersama petai jeruk kerana masyarakat zaman ini sudah terdedah kepada pelbagai makanan moden dan mudah dihidang.

“Dahulu makanan tiada selain jaringan jalan raya tidak ada untuk menghubung­kan kampung ini ke pekan Kuala Berang. Yang ada hanya rakit buluh dan perlu menyusuri sungai untuk pergi membeli barangan yang mengambil masa dua hari dua malam.

“Oleh itu, tanaman seperti ubi kayu dan hasil hutan seperti petai menjadi sajian alternatif bagi penduduk kampung selain barang makanan yang kurang dan sukar diperoleh mendorong kombinasi makanan seperti itu menjadi pilihan.

“Sekitar 1960-an hingga 1970-an, kampung ini baru mempunyai jalan balak dan penduduk bergantung pada jalan sungai tetapi selepas jalan raya dibina, penduduk sudah boleh ke pekan dengan mudah dan lama-kelamaan makanan tradisiona­l seperti ini dilupakan dan hanya dinikmati golongan berusia,” katanya.

Menurutnya, kombinasi ubi kayu rebus bersama manisan akan menghasilk­an rasa manis, apabila dinikmati bersama kelapa akan merasai lemak dan apabila dimakan pula bersama petai jeruk akan wujud rasa lemak masin.

Katanya, generasi muda sudah tidak mengetahui makanan nenek moyang mereka dan tidak mustahil ada yang tidak mengetahui langsung mengenai menu ubi kayu rebus dimakan bersama petai jeruk.

Mek Ngah berkata, kawasan pedalaman sememangny­a kaya dengan hasil hutan justeru, hasil seperti petai yang bermusim itu dijeruk bagi membolehka­n ia dimakan walaupun bukan pada musimnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia