Harian Metro

TUKAR ENJIN LAMA JADI BARU

-

kereta mengambil ‘jalan terakhir’ (top overhaul) ini untuk mengembali­kan prestasi kenderaan masingmasi­ng.

“Sebenarnya banyak punca kenapa ‘top overhaul’ perlu dilakukan. Antaranya, enjin kereta dipenuhi karbon yang memaksimum­kan penggunaan petrol harian.

“Justeru, saya lihat isu ini sebagai peluang perniagaan yang berpotensi besar. Selain itu, ia menjadi alternatif baru kepada pemilik kenderaan serta memudahkan kerja mekanik,” katanya ketika ditemui.

Pertemuan dengan seorang kenalan menjadi titik perkenalan buat Mohd Hizir Arafat kepada inovasi teknologi automotif terkini dari Jepun, pembersih enjin kenderaan, Zero Carbon, pada 2013.

Melalui fasa formulasi dan pertukaran teknologi antara dua negara, anak jati Melaka ini juga melakukan penyelidik­an pasaran tempatan serta menjalin kolaborasi dengan pihak pengilang untuk mengeluark­an Zero Carbon.

Berbekalka­n 50 botol pembersih enjin dengan bermodalka­n RM10,000, lelaki ini menumpukan perhatian terhadap strategi pemasaran dengan mengedarka­n risalah, notis jualan serta laman sosial seperti Facebook.

“Tidak dinafikan dalam pasaran tempatan, kita sudah mempunyai produk seperti ini. Namun kami tidak gentar untuk bersamasam­a bersaing secara positif, meskipun saya masih bertatih dalam dunia perniagaan.

“Mengimbas kembali memori kelakar mempromosi­kan produk syarikat, saya dan rakan kongsi, Muhammad Radzhi Abd Rahman, pernah melakukan kaedah ‘luar biasa’ yang tidak pernah kami lakukan.

“Awalnya, kami mencetak ratusan risalah tidak ubah seperti iklan pinjaman haram menggunaka­n ‘tagline’ ‘Tukar enjin lama jadi baru’. Kami bercadang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia