Harian Metro

LAFAZ TALAK MESTI JELAS

-

Ketika bertelingk­ah, saya berkata: “Saya sudah tak mahu hidup dengan awak lagi, lepaskan saya,” kepada suami. Suami pula menjawab “ikutlah...” kepada kenyataan saya itu.

Apabila ditanya semula kepada suami mengenai niatnya ketika berkata demikian, dia memberitah­u hanya berniat untuk menenangka­n dan mendiamkan saya yang sedang marah.

Adakah jatuh talak dalam hal ini? Dalam situasi lain, sekiranya si isteri berkata: “Saya tak mahu tinggal di sini lagi, hantarkan saya pulang ke rumah ibu bapa saya,” kepada suami.

Suami menjawab, “Baiklah, kemas sekarang.”

Apabila ditanya semula pada suami, dia berkata, niatnya hanya untuk mengugut isteri. Adakah jatuh talak?

ZIANA, Gombak, Selangor perkara yang benar dan bergurauny­a juga dianggap benar, nikah, talak dan rujuk.” (HR Abu Daud & Ibnu Majah)

Syariat Islam memberikan kuasa talak atau menceraika­n itu kepada lelaki kerana tanggungja­wabnya memberikan nafkah kepada keluarga.

Talak pula mempunyai dua lafaz iaitu pertama, lafaz jelas dan terang seperti ‘aku ceraikan kau’.

Perkataan sebegini jelas jatuh talak walaupun tanpa niat berdasarka­n hadis di atas yang mengatakan lafaz ini tidak boleh dibuat gurauan. Kedua, lafaz kinayah (samar) seperti ‘kau bebas pulang rumah mak ayah kau’. Perkataan ini memerlukan niat daripada pihak suami.

Melihatkan perkara yang dibangkitk­an, lafaz yang dibuat itu masih tidak jelas dan perlukan penjelasan, adakah benar suami berniat menjatuhka­n talak pada ketika itu? Ia terpulang pada niat suami yang sememangny­a mempunyai kuasa menceraika­n isterinya.

Bagaimanap­un, kuasa menentukan penceraian adalah mahkamah.

Menjadi satu kesalahan menceraika­n isteri di luar mahkamah, walaupun pada asalnya boleh jatuh cerai di mana-mana saja. Ini bagi menjamin pihak isteri tidak dizalimi.

Oleh itu, rujuklah pada pihak yang berkenaan. Wallahuak’lam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia