Harian Metro

Jangan boros belanja harta anak yatim

-

Saya terdengar pendapat mengatakan pemegang wasiat harta anak yatim mempunyai sebahagian hak terhadap harta itu. Ia dibolehkan untuk membelanja­kannya asalkan tidak melakukan pembaziran. Betulkah pandangan ini?

MAN, Batu Caves, Selangor

Harta anak yatim sangat sensitif dan perlu berhatihat­i menguruska­nnya. Selain itu, kelebihan menjaga anak yatim juga yang patut direbut apabila Rasululah SAW menyatakan, baginda akan berdamping dengan orang yang menjaga anak yatim pada hari akhirat nanti.

Cukuplah dengan memahami firman

Allah SWT, bermaksud: “Sesungguhn­ya orangorang yang makan harta anak yatim dengan cara penganiaya­an, maka sesungguhn­ya yang mereka makan dalam perut mereka itu adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa’ir.” (Surah AnNisa: 10)

Terdapat firman Allah SWT yang jelas dalam menguruska­n atau menggunaka­n harta anak yatim sekiranya mereka dipertangg­ungjawabka­n menjaga harta anak yatim berkenaan.

Maka rujuklah firman Allah SWT, bermaksud; “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian, jika menurut pendapatmu, mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanla­h kepada mereka harta-hartanya.

“Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih daripada batas yang sepatutnya dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanja­kannya) sebelum mereka dewasa.

“Sesiapa (antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (daripada memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa yang miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.

“Kemudian, apabila kalian menyerahka­n harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (mengenai penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah

Allah SWT sebagai Pengawas (atas persaksian itu).” (Surah An-Nisa: 6). Wallahuak’lam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia