Harian Metro

Tiada sijil cerai untuk kahwin lagi

-

Perkahwina­n memerlukan ilmu, bukan berdasarka­n kepentinga­n diri sematamata, ia menjangkau masalah hubungan antara keluarga, keturunan dan masyarakat.

Nikah melalui sindiket perlu disahkan kebenarann­ya, ia memerlukan siasatan dan kajian.

Oleh itu teruskan urusan itu di pejabat agama dan Mahkamah Syariah berhampira­n dan jangan dilengahka­n kerana ia mengundang masalah yang lebih parah.

Asasnya, berkahwin dan bercerai mengikut peraturan. Ikut saluran sama ada mahu berkahwin atau bercerai dengan merujuk ke pejabat agama.

Firman Allah SWT, bermaksud: “dan apabila kamu menceraika­n isteriiste­ri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik.” (Surah alBaqarah:231)

Bagi masalah penceraian, ia memerlukan pengesahan pernikahan, jika sah nikahnya maka sah juga penceraian. Jika tidak sah pernikahan, maka tiadalah penceraian kerana memang tidak bernikah atau nikah yang rosak.

Sekiranya puan tahu tempat pernikahan, mungkin puan juga boleh merujuk ke tempat berkenaan untuk pengesahan penceraian. Itupun sekiranya tempat pernikahan itu diiktiraf dan pernikahan­nya juga mengikut syarak.

Segala bukti dan saksi hendaklah disediakan.

Semua urusan ini perlu dirujuk kepada mereka yang berkuasa dan terdapat undang-undang yang perlu diikuti. Bukti penceraian melalui SMS masih boleh dipertikai seperti berkemungk­inan bukan suami yang menulis SMS itu.

Berbanyakl­ah bersabar dalam urusan ini kerana mungkin sebagai kafarah ketika memudahkan hukum

Allah SWT atau Allah ingin meletakkan diri ke tempat yang lebih mulia. Wallahuak’lam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia