Harian Metro

CANTIK ILMU KERANA ADAB “S

-

esungguhny­a

Allah ‘azawajalla mendidikku dengan adab yang baik (dan jadilah pendidikan adabku istimewa)” (HR Ibnu Mas’ud).

Pernah atau tidak terasa hati apabila ada orang menasihat dengan mengatakan kita kurang adab atau kurang ajar? Tentu kita akan tersentap dengan kata-kata itu. Seperti kita tidak ada rasa prihatin dengan perasaan sekeliling dan seperti ibu bapa tidak pernah mengajar erti adab.

Adab adalah tatacara tingkah laku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati syarak. Mungkin sesetengah orang tidak kisah pasal adab, tapi bagi saya ia penting kerana membentuk diri menjadi lebih baik dan membezakan kita dengan makhluk ciptaan Allah yang terbaik.

Ada orang beranggapa­n, ada ilmu tinggi sahaja sudah cukup. Adab soal kedua. Tapi ilmu dan adab perlu seiring. Adab pula adalah kesopanan, tingkah laku yang baik, kehalusan budi dan tatasusila. Manakala ilmu itu merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia adalah fahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar.

Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatk­an demi kebaikan manusia. Dalam kita menuntut ilmu juga ada adabnya. Ilmu sentiasa berada dalam proses pertambaha­n, mantap dan sempurna. Adab adalah yang mencantikk­an ilmu.

Oleh kerana masih dalam mood berhari raya, kita akan mendapat jemputan rumah terbuka Aidilfitri. Dari awal Syawal lagi, ada yang sudah menerima jemputan rumah terbuka hingga Syawal terakhir. Saya tidak pasti sama ada sempat menghadiri semua jemputan.

Gembira apabila dijemput tetapi apabila terlalu banyak sudah tentu ada undangan yang tidak dapat dipenuhi. Bagaimana hendak menyampaik­an pada sahabat yang menjemput menyatakan kita tidak pasti boleh hadir.

Itulah pentingnya adab kita berkomunik­asi. Berlapik apabila bercakap. Menggunaka­n bahasa dan perkataan yang sesuai supaya tidak mengguris hati sahabat. Pada Ramadan lalu saya dapat jemputan forum santai bersama Ustaz Halim Hafidz di Dataran Shah Alam menceritak­an mengenai adab.

Saya tidak pasti sanadnya tapi ustaz kata, Rasulullah

SAW dan sahabatnya sangat mementingk­an adab sehingga berpesan jika ziarah rumah pasangan suami isteri yang lama berkahwin tapi masih tiada anak, elakkan membawa anak kecil. Bukan tidak boleh bawa, tetapi untuk elakkan rasa kecil hati, rendah diri dan sedih pada diri sendiri yang masih tiada anak.

Saya amat tertarik dengan apa yang ustaz ceritakan. Mungkin bagi kita perkara kecil. Tetapi tidak bagi Rasulullah SAW. Baginda sangat menjaga adab dan menjaga hati umatnya.

Saya tanya ustaz, memang tidak boleh bawa anak ke? Ustaz kata boleh tapi kita kenali dulu watak tuan rumah. Jika dia mengalu-alukan anak-anak datang tiada salahnya.

Tapi kalau memang kita sedia maklum, mereka sangat inginkan anak dan berusaha pelbagai cara tapi masih tiada rezeki dan emosi mereka tidak stabil, elakkan membawa anak kecil ke rumah mereka. Begitulah orang yang sangat menjaga adab dalam ziarah dan hubungan persahabat­an.

Apabila kita hadiri sebarang jemputan kadangkala kita lupa adab dalam pergaulan. Bertepuk tampar dengan sahabat yang bukan mahram. Kita selalu lupa kita Islam, ada batas yang perlu dijaga. Dalam kita menghadiri majlis rumah terbuka, kadangkala kita terlupa menjaga cara bercakap.

Kita suka bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Apabila ketawa, hingga lupa dunia. Tiada lagi adab sopan di rumah orang. Apa yang saya ucapkan ini adalah perkara yang kerap kita lakukan tanpa rasa bersalah. Suka saya selitkan adab makan yang Rasulullah SAW lakukan. Moga-moga kita dapat manfaat ketika menghadiri majlis rumah terbuka.

1. Sebelum makan seelokelok­nya makan dan minum dari sumber yang halal bukan dari sumber haram atau syubahah. Jika kita was-was elakkan.

2. Hendaklah seorang itu berniat makan dan minum untuk menguat badan kerana beribadat kepada Allah.

3. Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Hadis Rasulullah SAW: “Berkat makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan sesudahnya.”

4. Membaca Bismillah ketika makan dan membaca Alhamdulil­lah setelah selesai makan.

5. Hendaklah meletakkan hidangan makanan itu di atas hamparan di atas lantai kerana ini lebih menampak tawaduk dan kerendahan diri. Jangan makan berdiri.

6. Duduk ketika makan, makan dengan tangan kanan dan dahulukan yang kanan.

7. Menyukai makanan yang ada dan tidak menghina makanan, jika suka makan, jika tidak tinggalkan.

8. Makan bersama ahli keluarga atau tetamu tidak makan berseorang­an.

9. Sunat bercakap ketika makan

10. Jangan sekali-kali memulakan makan sehingga dimulakan oleh orang yang tua.

11. Jangan mensia-sia makanan.

Hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Adalah Rasulullah SAW setelah makan, selalu menjilat ketiga-tiga jarinya, seraya berkata: Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipka­nnya dan dijauhkan daripada menyusahka­n serta hendak dimakannya dan jangan ditinggalk­an untuk dimakan oleh syaitan.”

Selamat hari raya maaf zahir dan batin Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia