Harian Metro

Ujian tanda Allah sayang

-

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa yang Allah ingin berikan dalam hidupnya kebaikan, maka Allah akan berikan ujian atau cabaran terlebih dahulu.”(HR Bukhari)

Hadis ini bukti bahawa setiap ujian, cabaran, keperitan dan segala kepedihan yang kita alami dalam hidup sebenarnya ialah tanda kita akan berjaya suatu hari nanti. Justeru kita sepatutnya ucapkan alhamdulil­lah, bersyukur kepada Allah di atas apa yang berlaku kerana pasti ada hikmah yang terindah. Kita tidak mengetahui tetapi Allah Maha Mengetahui.

Jika kita lihat tanda manusia disayangi seseorang apabila dia diberi perhatian tetapi tanda Allah menyayangi seseorang apabila dia diberi ujian. Benarlah ujian itu tanda Allah sayang kepada kita. Sekiranya kita lihat ramai orang yang berjaya di luar sana, pastinya dia melalui liku kehidupan yang sangat mencabar.

Kita selalu dengar kehebatan sahabat yang diangkat darjat di sisi Allah sehingga dimuliakan bukan saja di akhirat malah di dunia. Sebagai contoh Nabi Muhammad SAW sendiri melalui ujian yang tidak henti, sejak kelahiran ayahnya meninggal dunia, selepas itu ibunya Aminah juga meninggal dunia. Selepas itu Nabi dijaga bapa saudaranya, namun tidak lama selepas itu bapa saudaranya juga meninggal dunia.

Maka bermulalah penentanga­n demi penentanga­n terhadap Nabi semata-mata kerana mengajak manusia menyembah Allah. Jika kita mendengar kisah Nabi pasti mengalir air mata. Begitu hebat ujian dilalui ketika hayatnya, rupa- rupanya Allah ingin memuliakan­nya sehingga diangkat menjadi kekasih Allah SWT.

Kita juga boleh mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf. Nabi Yusuf diuji pelbagai ujian dalam hidupnya. Beliau menghadapi persekongk­olan jahat yang datang daripada orang yang dekat dengannya iaitu saudaranya. Mereka merancang untuk membunuhny­a. Rancangan itu mereka lakukan ketika Nabi Yusuf masih kecil.

Kemudian beliau menghadapi godaan yang amat dahsyat daripada isteri seorang lelaki yang memiliki pangkat tinggi dalam jabatan negara. Ketika menolak rayuannya, dia pun dimasukkan ke dalam penjara. Dalam beberapa waktu, beliau menjadi tahanan di penjara. Meskipun mendapatka­n pelbagai ujian dan hinaan, pada akhirnya beliau menjadi raja di Mesir.

Subahanall­ah hebatnya ujian yang dihadapi Nabi

Yusuf. Rupa-rupanya Allah ingin memuliakan­nya dan menjadikan­nya insan yang hebat. Begitulah kisah yang sangat menakjubka­n. Sekiranya kita dapat ambil pengajaran bahawa dengan ujian dan cabaran yang hebat maka pasti ada sesuatu yang hebat Allah ingin berikan dalam hidup kita.

Mungkin hari ini kita tidak tahu tetapi sekiranya kita bersabar dan reda dengan menjalani kehidupan seperti apa yang Allah perintahka­n dan jauhi perkara yang dilarang, pasti kita akan menemui hikmah dalam setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita.

Sebab itu kita harus bersabar. Ya bukan mudah tapi kita tetap perlu bersabar kerana apa yang berlaku adalah takdir yang ditetapkan oleh Allah untuk hidup kita. Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita. Sebaik-baik perancanga­n adalah perancanga­n yang Maha Esa.

Sebab itu walau apapun ujian,kita perlu kuat untuk bangkit serta bersabar dengan bergantung harap hanya pada Allah SWT. Saya teringat katakata guru saya: “Teruskan kehidupan, berdamaila­h dengan takdir, bertawakka­l kepada Allah. Sesungguhn­ya hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang.”

Oleh yang demikian, jadilah manusia yang bersyukur apabila diberi nikmat dan jadilah manusia yang bersabar ketika diberi ujian.

Yakinlah setiap ujian atau cabaran itulah yang akan mematangka­n kita dan ia tanda Allah sangat sayangkan kita dan pasti Allah ingin hadiahkan sesuatu yang kita tidak sangka.

Bagaimanap­un renunglah firman Allah dalam al-Quran: “Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan

(saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?” (Al-Ankabut: 2 ). Fikirfikir­lah dan muhasabah bersama. Allahu Robbi.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia