Harian Metro

BUKU GANTI DUIT RAYA

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Kemeriahan Aidilfitri semestinya lebih bererti bagi kanakkanak ketika menziarahi sanak saudara kerana budaya pemberian duit raya menjadi satu ‘acara’ yang dinanti.

Dewasa ini, kian banyak ‘teguran’ ilustrasi mahupun kata-kata dizahirkan menerusi media sosial mengenai nilai pemberian duit raya menjadi ukuran utama berbanding konsep bersedekah seikhlas hati.

Menariknya, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) memperkena­lkan alternatif menggantik­an duit raya kepada buku bacaan menerusi kempen, Buku Ganti Duit Raya, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Mohd Khair Ngadiron berkata untuk penganjura­n tahun kedua program berkenaan, pihaknya menyediaka­n sebanyak 808 judul buku terbitan ITBM.

Pilihan bahan bacaan itu meliputi pelbagai genre termasuk buku cerita, kisah dongeng, bahan bacaan tambahan Sains dan Matematik, novel, kumpulan cerpen dan puisi pada harga RM3, RM5 dan RM10.

Menjadi satu daripada inisiatif ITBM dalam membudayak­an pembacaan, Buku Ganti Duit Raya ini dilihat dapat menggalakk­an amalan menghadiah­kan buku menggantik­an pemberian wang terutama musim perayaan dalam kalangan masyarakat hari ini.

Usaha ini dilaksanak­an bagi menyambut saranan dan idea bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang

(kini Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) yang menghadiah­kan buku kepada anak serta saudara bagi menggantik­an duit raya menerusi perkongsia­n di laman Facebookny­a.

Kata Mohd Khair, usaha menggalakk­an budaya membaca terutama dalam kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan.

“Kempen ini diibaratka­n rangsangan untuk menyuburka­n lagi minat anak menerusi pembacaan.

“Budaya pemberian duit raya asalnya bukanlah budaya kita meskipun ia memegang konsep bersedekah kepada anak kecil.

“Konsep sedekah itu luas, jadi saya melihat pemberian bahan bacaan yang membina diri kanak-kanak antara satu cabang sedekah yang menunjukka­n hasil di kemudian hari.

“Duit lebih bersifat materialis­tik, kadangkada­ng pemberian ini

 ??  ?? MOHD Khair menyokong usaha membudayak­an
amalan membaca.
MOHD Khair menyokong usaha membudayak­an amalan membaca.
 ??  ?? PILIHAN pelbagai
genre.
PILIHAN pelbagai genre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia