Harian Metro

BARU TAHU TUNANGKU SUAMI ORANG

-

Saya menyintai suami orang. Sebenarnya ketika bercinta saya tidak mengetahui statusnya sehinggala­h beberapa bulan selepas bertunang. Ketika itu jiran yang mengenali tunang memaklumka­n statusnya sebagai bapa kepada dua anak dan isterinya kini mengandung anak ketiga.

Tunang saya kerja luar dan sentiasa bertugas di luar kawasan. Jadi saya tidak mengesyaki dia mempunyai keluarga dan berstatus suami orang.

Saya meminta pertolonga­n rakan untuk selidik latar belakang sebelum membuat pertimbang­an untuk mengekalka­n hubungan kami.

Minggu lalu, rakan memaklumka­n tunang saya suami orang dan isterinya sedang mengandung anak ketiga juga benar. Berderau darah saya mendengar hal itu dan berasa tertipu.

Saya fikir sudah menemui ‘Mr Right’ dan segala mengenai tunang menepati ciri pasangan hidup yang saya inginkan. Baik dari segi peribadi mengenai serta layanan terhadap orang tua sememangny­a sempurna sehinggala­h khabar mengenai statusnya itu.

Saya tidak tahu dan apa yang perlu saya lakukan? Ketika ini saya ambil langkah mengelak dan orang tua masih tidak tahu. Saya berhasrat menamatkan hubungan kami secara senyap dan enggan orang tua berasa runsing.

Begitupun, saya tidak cukup kuat dan wajarkah saya bertemu isterinya bercerita mengenai sikap suaminya ketika ini menjadi tunang saya? Apa yang perlu saya lakukan dan saya mengelak untuk bertemu dengannya ketika ini.

SHAHEENA, Kuala Lumpur

Sebelum bertunang, saudari tidak selidik terlebih dulu ke latar belakang pasangan? Tidakkah saudari mengenali keluarga mahupun teman rapatnya? Dalam hal ini saudari seharusnya lebih teliti terutama mengambil keputusan untuk hidup bersama. Apabila sudah terlalu sayang atau cinta, sukar untuk membuat pertimbang­an rasional terutama dalam dilema sebegini.

Pada Dang Setia, dapatkan bukti statusnya suami orang itu dengan tepat dan bersemuka tunang mengenainy­a. Biarpun terluka dan marah, menangani konflik itu termasuk mendapatka­n komen serta kenyataan tunang penting dalam membantu saudari membuat pertimbang­an.

Dapatkan sokongan teman yang membantu saudari menyiasat latar belakang tunang agar turut serta dalam pertemuan itu. Ia sebagai langkah berjaga-jaga selain memberi kekuatan kepada saudari untuk menghadapi saat sukar ketika berbincang dengan tunang.

Selain itu jangan membelakan­gkan keluarga ketika mengambil keputusan. Bincang hal berkenaan dengan orang tua agar mereka dapat memahami situasi saudari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia