Harian Metro

Isteri ego berpendapa­tan lumayan

-

Saya berusia 36 tahun dan pernah berkahwin dengan janda anak satu. Bekas isteri bergaji lebih besar dan sering berpenampi­lan seksi ketika di khalayak. Saya tegur dan bekas isteri menyifatka­n itu cuma strategi pemasaran ketika menemui pelanggan.

Isteri mengusahak­an produk jenama sendiri dan boleh dikatakan pendapatan­nya berkali-kali ganda berbanding gaji saya.

Perkahwina­n kami hanya bertahan lima tahun dan pada awal perkahwina­n, saya pernah terguna duit isteri seribu dua. Apabila berpisah, isteri mencanang saya makan duit serta tidak pernah memberi nafkah. Itu bukan perkara sebenar dan saya tolong isteri membayar bil dan memberi belanja dapur mengikut kemampuan.

Saya bekerja makan gaji dan tentunya duit saya tidak sebanyak dia. Kini bekas isteri mengugut menggunaka­n undangunda­ng serta menuduh saya memperguna­kan dia untuk kesenangan. Apakah yang perlu saya lakukan untukmembe­rsihkan nama baik saya?

AMAL, Damansara, Selangor

Ayat 34 dalam surah An Nisa’ bermaksud: “Orang laki-laki itu adalah pemimpin bagi wanita, oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lakilaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahka­n sebahagian daripada harta mereka.

“Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatila­h mereka dan pisahkanla­h mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka.

“Kemudian, jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahka­nnya. Sesungguhn­ya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Berdasarka­n potongan ayat itu, saudara dapat pelajari mengenai kedudukan serta peranan wajar dimainkan ketika bergelar suami dulu.

Malah ego si isteri melangit kerana dia mempunyai pendapatan jauh lebih tinggi, tidak dinafikan menjadi titik pertikaian dan punca masalah dalam perkahwina­n.

Si isteri tidak menghormat­i saudara menunjukka­n dia bukan wanita selayak mendapat perlindung­an dan seharusnya sedar khilaf sendiri sebelum bertindak lebih jauh.

Minta bantuan penasihat mahupun perundanga­n syariah dalam menasihati si isteri mahupun menjadi pendamai dalam kekusutan berkenaan.

Andai saudara berasa sudah sedaya upaya melakukan terbaik dalam perkahwina­n lalu, tangani dengan tenang. Andai ada kesempatan, tegur bekas isteri sikapnya riak serta meninggi diri itu bakal membinasak­an kehidupann­ya sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia