Harian Metro

Suami minta kahwin lagi kerana terlanjur

-

sanggup bermain kayu tiga di belakang saya. Dulu waktu susah, saya banyak membantu termasuk mengorbank­an separuh gaji untuk dia menyambung pengajian. Tidak sangka apabila sudah senang, dia lupa semua pahit maung serta janji ditaburkan ketika awal berkahwin dulu.

Saya puji dia sanggup bersemuka serta berdepan dengan kemarahan saya. Cumanya saya tidak dapat bayangkan bagaimana mahu duduk sebilik atau tidur sekatil dengannya lepas ini.

Dia juga mengaku pernah terlanjur dan memohon saya membantu dia serta kekasihnya mempunyai hubungan halal. Perasaan saya hancur, kecewa, marah dan geram. Dia tidak akan lepaskan saya dan masih sayangkan saya serta anak-anak. Apa perlu saya lakukan Dang Setia?

FATHIYAH, Klang, Selangor

Tidak terbayang Dang Setia kalau berada dalam kedudukan puan. Sebenarnya isu orang ketiga mahupun terlanjur dengan kekasih gelap ini seakan-akan menjadi ‘barah’ dalam masyarakat kita apabila membabitka­n konflik rumah tangga.

Yang menanggung keperitan bukan saja pasangan malah anakanak. Justeru, tindakan serta pertimbang­an wajar penting berbanding emosi menjadi penentu hala tuju hubungan berkenaan.

Saranan Dang

Setia, sebaiknya puan mengambil tempoh bertenang dan menilai hukuman sebagaiman­a wajar untuk suami.

Ambil cuti atau beri ruang kepada diri seperti pulang ke kampung atau bercuti ke lokasi lebih relaks untuk memikirkan hal berkenaan.

Tidak dinafikan beban ditanggung puan amatlah berat kerana suami tidak saja bercinta malah terbabas lebih jauh apabila terlanjur dengan pasanganny­a.

Justeru minta sokongan keluarga sebelah puan, juga saudara benar-benar rapat mahupun orang tua sebagai sokongan menghadapi kemelut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia