Harian Metro

DIKEPUNG PENJAJA TIDAK BERLESEN

-

penguat kuasa Majlis Perbandara­n Manjung (MPM).

“Tiada erti kecewa biarpun tidak berjaya menjadi seorang anggota polis atau tentera kerana saya sudah mencuba yang terbaik cuma rezeki tidak berpihak kepada saya.

“Namun, Allah berikan peluang untuk bersama unit penguat kuasa MPM sejak lapan tahun lalu dan saya bersyukur cita-cita untuk menyarung pakaian seragam sudah tercapai.

“Saya menganggap rezeki di PBT mempunyai hikmah tersendiri kerana berhampira­n dengan kediaman keluarga di Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar dan ini memudahkan saya melawat serta mengurus keluarga,” katanya.

Bercerita mengenai pengalaman ketika bertugas, Mohamad Khairun Azuan mengakui tugas sebagai penguat kuasa PBT mempunyai cabaran tersendiri sama seperti anggota pakaian seragam lain biarpun berlainan perkhidmat­an.

Menurutnya, antara pengalaman sukar dilupakan dia bergelut dan cedera ringan dalam operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama Jabatan Imigresen selain menghadapi saat mendebarka­n apabila dikepung peniaga dan penduduk dalam operasi penjaja tanpa lesen selain operasi bendera politik dan bangunan tanpa kelulusan.

“Dimarahi orang awam yang tidak berpuas hati membabitka­n saman tempat letak kenderaan adalah perkara biasa, malah pernah menerima surat layang dan ugutan seperti mahu melanggar saya jika terjumpa di tepi jalan atau mengadu kepada pihak berkaitan.

“Namun, Alhamdulil­lah setakat ini semua baik dan saya menganggap itu cabaran dalam menjalanka­n tugas yang diamanahka­n kepada kami dengan mengambil pendekatan sentiasa bertenang dalam mengawal keadaan,” katanya.

Mohamad Khairun Azuan berkata, dia berpegang dengan prinsip kepada Allah diserahkan segala urusan kerana hidup ini sementara.

“Setiap orang ada kisah hidup sendiri, jadi belajarlah menerima baik dan buruk dalam menjalanka­n tugas dan kehidupan harian,” katanya.

 ?? GAMBAR ?? MOHAMAD Khairun Azuan
GAMBAR MOHAMAD Khairun Azuan
 ??  ?? MOHAMAD Khairun Azuan sentiasa bersikap terbuka dalam menjalanka­n
tugas.
MOHAMAD Khairun Azuan sentiasa bersikap terbuka dalam menjalanka­n tugas.
 ??  ?? MOHAMAD Khairun Azuan (kanan) bersama Pembantu Penguatkua­sa
Kanan Azmi Ariffin yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam tugas harian.
MOHAMAD Khairun Azuan (kanan) bersama Pembantu Penguatkua­sa Kanan Azmi Ariffin yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam tugas harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia