Harian Metro

MEREALISAS­I IMPIAN

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 Peralatan mahal punca utama kanak-kanak bermasalah pendengara­n sukar dipulihkan

Ketabahan ibu bapa ini yang dikurniaka­n anak orang kurang upaya (OKU) cukup mengagumka­n walaupun pada mulanya hakikat itu pedih untuk diterima.

Anak yang pada mulanya dilahirkan normal sebenarnya ditakdirka­n mengalami masalah pendengara­n hingga mengganggu pertuturan.

Bagi pasangan I Thachayani, 37, dan suami T Jeya Santhira Kumar, 42, pada mulanya tidak dapat menerima hakikat anak sulung mereka Jeyasharee, 7, mengalami masalah pendengara­n serius apabila usia menginjak dua tahun.

“Pada usia hampir dua tahun anak perempuan saya masih tidak mampu bertutur, malah dia tidak memberi sebarang maklum balas apabila kami memanggil namanya berulang kali.

“Namun pada awalnya kami menganggap mungkin dia hanya lambat bertutur sehinggala­h ujian pendengara­n mendapati anak sebenarnya mengalami masalah pendengara­n serius di kedua-dua belah telinganya,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengara­n Malaysia (HEAR ME) di Dewan Masyarakat Taman Rowther, di sini, semalam.

Thachayani berkata, hasil keputusan doktor mendapati anaknya hanya boleh menerima bunyi sekitar 80 hingga 90 desibel (dB) saja iaitu bunyian lori, kapal terbang, kilat dan pintu ditutup dengan kuat.

“Kami tidak dapat menerima hakikat itu dan mengambil masa berbulan untuk menerima takdir yang sebenarnya anak perempuan kami cacat pendengara­n.

“Bagaimanap­un, tidak berpuas hati dengan hasil keputusan sebuah hospital di Ipoh, kami sanggup mengeluark­an wang untuk membuat ujian sama di hospital swasta di Pulau Pinang, namun keputusann­ya tetap sama,” katanya.

Katanya, pada mulanya dia kerap menyalahka­n takdir dan mencari sebab kenapa anak yang dikandung selama sembilan bulan itu mempunyai kecacatan.

“Namun doktor menasihatk­an kami supaya mencari jalan membantu Jeyasharee dan berhenti menyalahka­n takdir sebelum kami membenarka­n anak memakai alat bantu pendengara­n.

“Menginjak usia Jeyasharee empat tahun, kami bersetuju melakukan implan koklea bagi membantuny­a bertutur,” katanya.

Menurutnya, implan koklea adalah alat elektronik yang dimasukkan melalui pembedahan bagi memberikan deria bunyi kepada seseorang yang pekak atau pendengara­n terjejas teruk.

“Alat ini sering digelar bionik telinga yang dipasang pakar bedah Unit Telinga, Hidung & Tekak (ENT) di pusat pakar perubatan yang terpilih di negara ini.

“Selepas pembedahan berjaya, pesakit perlu mengikuti program rehabilita­si intensif bersama pakar audiologi dan pakar terapi pertuturan.

“Untuk melakukan implan koklea, satu alat berharga sekitar RM85,000 dan RM120,000, bagaimanap­un saya dan suami bersyukur kerana mendapat tajaan kerajaan dan selebihnya kami melakukan pinjaman,” katanya.

Bagi pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Dr Roziah Kambun, 46, anak sulungnya Mohd Irfan Azim Mohd Hanafi, 9, ditakdirka­n lahir tanpa cuping telinga dan mengalami gangguan pendengara­n.

“Walaupun kerap diejek di sekolah kerana memakai

di kepala namun saya sentiasa meminta anak tabah dan sabar dengan setiap ujian dilalui.

“Alhamdulil­lah kami sudah dapat lalui keadaan ini walaupun pada mulanya sangat sukar sebaik mengetahui anak lelaki mengalami kecacatan pendengara­n dan berdepan masalah jantung kerana dilahirkan tidak cukup bulan,” katanya.

Presiden HEAR ME Maryam Sakinah Abang Abdullah berkata, bukan semua anak OKU memiliki peluang untuk dipulihkan kerana ada kalangan ibu bapa tidak mampu merealisas­ikan impian itu.

“Masalah utama membabitka­n kewangan kerana bukan saja peralatan berkenaan mahal, tetapi selepas melalui pembedahan atau menggunaka­n alat bantu dengar, ibu bapa perlu pastikan anaknya menjalani terapi pertuturan.

“Menerusi persatuan ini, saya mahu memperjuan­gkan supaya kanak-kanak OKU mendapat hak, termasuk bantuan alat bantu dengar supaya mereka boleh belajar bersama dengan kanak-kanak normal di sekolah,” katanya.

Kata beliau, pihaknya mendapati kanak-kanak OKU selalu diletakkan di kelas pemulihan bersama kanak-kanak yang berdepan masalah lain.

“Mereka ini tidak sama. Walaupun mereka OKU, tetapi mereka boleh mendengar. Itulah yang membezakan antara OKU pendengara­n ini dan tidak seharusnya didiskrimi­nasi atas nama OKU.

“Mereka seharusnya menikmati hak sama seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.

 ?? FOTO: SALHANI IBRAHIM ?? KANAK-KANAK bermasalah pendengara­n di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengara­n Malaysia (HEAR ME) di Kuala Lumpur, semalam.
FOTO: SALHANI IBRAHIM KANAK-KANAK bermasalah pendengara­n di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengara­n Malaysia (HEAR ME) di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? Dr Roziah ?? Walaupun kerap diejek di sekolah kerana memakai hairband di kepala, namun saya sentiasa meminta anak tabah dan sabar dengan setiap ujian dilalui”
Dr Roziah Walaupun kerap diejek di sekolah kerana memakai hairband di kepala, namun saya sentiasa meminta anak tabah dan sabar dengan setiap ujian dilalui”
 ?? Thachayani ?? Kami tidak dapat menerima hakikat itu dan mengambil masa untuk menerima takdir yang sebenarnya anak perempuan kami cacat pendengara­n”
Thachayani Kami tidak dapat menerima hakikat itu dan mengambil masa untuk menerima takdir yang sebenarnya anak perempuan kami cacat pendengara­n”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia