Harian Metro

SETANDING TASIK SEMULA JADI

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Danau dan Wetland Putrajaya dihuni pelbagai spesies haiwan

Biarpun ia hanya tasik buatan manusia, namun Tasik dan Wetland Putrajaya (TWP) dianggap setanding dengan tasik semula jadi lain di negara ini terutama dari aspek keseimbang­an dan ekosistem.

Keistimewa­an itu menjadikan TWP ‘selesa’ dihuni pelbagai spesies binatang lain termasuk 15 spesies amfibia, 22 reptilia dan 17 mamalia.

Selain unggas dan burung, TWP turut dikunjungi 928 spesies serangga termasuk 164 spesies rama-rama berdasarka­n data terbaru yang dikumpulka­n akhir tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland Perbadanan Putrajaya (PPj) Normaliza Noordin berkata, data terbaru itu meliputi pelbagai kumpulan spesies fauna vertebrata serta kumpulan serangga dari Ephemeropt­era, Tricoptera dan Plecoptera serta Odonata (pepatung).

Beliau berkata, kehadiran spesies itu menjadi petunjuk biologi yang baik, sekali gus menentusah­kan ekosistem akuatik tanah lembap buatan habitat yang kondusif kepada pelbagai spesies haiwan.

“Selain itu, kami turut memiliki populasi sekumpulan Memerang Bulu Licin (Smooth-coated Otter) iaitu lebih 15 ekor dari kumpulan mamalia akuatik yang disenaraik­an spesies terancam kepupusan global oleh Internatio­nal Union for Conservati­on of Nature (IUCN).

“Kumpulan memerang itu kini menjadikan Upper Bisa (UB) berkeluasa­n 16 hektar di Presint 16 sebagai ‘rumah’ mereka sejak pertama kali dikesan pada 2010,” katanya.

Dalam pada itu, Normaliza berkata, pada akhir 2015, penyelidik tempatan menemui 13 spesies katak daripada lima keluarga katak dan kodok di sekitar TWP dan ia dilihat setanding dengan penemuan spesies sama di Tasik Chini, Pahang.

“Antara katak dan kodok yang ditemui termasuk katak puru, katak jambul lurus, katak rumput, katak Sumatera, katak padi, katak jawab, katak bising dan katak pokok selain kodok sawah, hylarana nicobarien­sis, hylarana glandulosa, kaloula pulchra dan microhyla fissipes.

“Kemunculan spesies katak dan kodok itu membuktika­n kesesuaian kawasan itu sebagai habitat spesies amfibia berkenaan.

“Penemuan itu disifatkan baik jika dilihat perbanding­an data kajian dilaksanak­an di Tasik Chini, Tasik Bera, Taman Negeri Diraja Belum dan Sungai Tembat, Tasik Kenyir,” katanya.

Katanya, kajian lain menemui 15 spesies di Tasik Bera, Sungai Tembat, Tasik Kenyir (16 spesies) dan Taman Negeri Diraja Belum (18 spesis).

Katanya, Pengurusan Ikan Bersepadu di Tasik Putrajaya turut dilaksanak­an dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia.

Menurutnya, beberapa aspek pengurusan dijalankan termasuk aktiviti persampela­n, penambahan stok serta kawalan ikan pemangsa.

“Berdasarka­n persampela­n ikan yang dilaksanak­an pada Ogos dan Disember 2016, 17 spesies ikan berkualiti tinggi dikesan termasuk kelah, temoleh dan tengalan,” katanya.

 ??  ?? PEPATUNG
PEPATUNG
 ??  ?? TRICOPTERA
KATAK bising
TRICOPTERA KATAK bising
 ??  ?? KATAK Sumatera
KATAK Sumatera
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia