Harian Metro

HADIAH DARI JEPUN

- Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam@ hmetro.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menerima kapal peronda pesisir pantai (OPV) EX-JCG PL02 OKI yang dihadiahka­n kerajaan Jepun dan dinamakan semula sebagai KM Arau, semalam.

Agensi itu turut melakar sejarah kali kedua apabila Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berkenan merasmikan penamaan kapal berkenaan yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Jepun.

Upacara itu turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l, Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim serta Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar.

Zulkifli berkata, pihaknya menghargai pemberian kapal OPV kedua ini kerana ia mencermink­an hubungan bilateral yang kukuh dan kesediaan kerajaan Jepun untuk bersama-sama membantu menentukan kawasan perairan selamat, aman dan terkawal.

“Kapal ini berlepas dari Jepun pada 31 Mei lalu dan mengambil masa lapan hari pelayaran serta tiba di perairan negara pada 7 Jun lalu.

“Penerimaan kapal kedua ini menunjukka­n kerajaan

 APMM terima kapal peronda pesisir pantai KM Arau

Jepun melihat Malaysia sebagai rakan strategik dalam menjaga isu Selat Melaka dan Laut China Selatan bagi memastikan perairan Malaysia terus terpelihar­a daripada gangguan dan ancaman.

“Oleh itu, APMM mengambil keputusan untuk menempatka­n kapal kedua ini di perairan Kota Kinabalu, Sabah,” katanya ketika majlis penamaan kapal di Pusat Hidrografi Nasional (PHN), di sini, semalam.

Sebelum ini, APMM menerima kapal peronda OPV JCG PL 02 Erimo yang dihadiahka­n kerajaan Jepun sebelum ia dinamakan semula sebagai KM Pekan pada 14 Mac lalu.

Zulkifli berkata, KM Arau yang berusia 25 tahun itu dilakukan pengubahsu­aian, termasuk penukaran cat, penggantia­n radar, peralatan di anjungan dan kemudahan dalaman mengikut spesifikas­i yang diperlukan di negara ini.

“KM Arau bersaiz 87 meter dengan 19 knot kelajuan serta dilengkapi dengan dek pendaratan helikopter, dibekalkan dengan radar X dan S bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas serta menempatka­n seramai 54 anak kapal,” katanya.

Katanya, APMM dalam proses membina tiga buah kapal OPV baru yang dijangka siap dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi.

 ??  ?? KAPAL OPV EX-JCG PL02 OKI yang dihadiahka­n kepada APMM oleh kerajaan Jepun yang diberi nama KM Arau pada Majlis Penamaan Semula di Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pelabuhan Klang.
KAPAL OPV EX-JCG PL02 OKI yang dihadiahka­n kepada APMM oleh kerajaan Jepun yang diberi nama KM Arau pada Majlis Penamaan Semula di Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pelabuhan Klang.
 ??  ?? TUANKU Syed Sirajuddin berkenan menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Makio pada Majlis Penamaan Semula kapal OPV EX-JCG PL02 OKI kepada KM Arau.
TUANKU Syed Sirajuddin berkenan menyampaik­an cenderahat­i kepada Dr Makio pada Majlis Penamaan Semula kapal OPV EX-JCG PL02 OKI kepada KM Arau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia