Harian Metro

NYARIS TERHUMBAN KE GAUNG

-

 Kembara selama 40 hari sejauh

9,500 kilometer kini bernoktah

Selepas 40 hari merentas perjalanan sejauh 9,500 kilometer, akhirnya saya tiba semula di Pune, tempat di mana saya memulakan perjalanan 11 Jun lalu.

Apa yang boleh disimpulka­n, saya puas. Puas dalam erti kata mendapat pengalaman baru kerana kali ini muka bumi yang menjadi latar roda motosikal saya berputar sangat berbeza daripada sebelumnya.

Kali ini, saya berdepan hujan tanpa henti, salji yang semakin mencair dan sudah tentunya cuaca sejuk yang semakin menurun dari hari ke hari daripada 10 darjah Celsius sehingga bawah takat beku, 4 darjah Celsius.

Dalam empat hari terakhir ini, hujan tidak berhenti dan saya memilih untuk tidak ke laluan paling tinggi di dunia kerana sebelum ini pernah melaluinya dari Kuala Lumpur ke London pada 2010.

Bahagian paling sukar ialah bagaimana saya hampir jatuh ke gaung disebabkan laluan sungai salji cair selain kadar udara yang semakin menipis iaitu

(AMS).

Tempoh 96 jam terakhir memang benar-benar menguji kerana cuaca semakin sejuk dan permukaan jalan yang teruk menyebabka­n saya terpaksa hadkan perjalanan sejauh 200 kilometer saja sehari.

Apa yang pasti, ekspedisi kali ini berbeza kerana saya sempat berpuasa dan berhari raya di sepanjang laluan bermula di Pune sehinggala­h ke Kargil.

Semua kenangan dan pengalaman yang sudah pun saya kongsikan di akhbar ini sebenarnya adalah catatan amat berharga buat saya dan moga ia memberikan perspektif baru buat kita semua.

Saya juga dapat menghayati erti syukur apabila melihat kedaifan di sepanjang perjalanan baik rumah, pekan dan masjid di atas bukit yang didirikan sementara di kawasan lapang.

Apapun, saya sudah selesai untuk kali ini. Semoga kita dapat berkongsi lagi pada masa depan. Terima kasih kepada pembaca yang memberikan komen menerusi YouTube dan sebagainya. Semoga bertemu lagi dalam pengembara­an seterusnya.

 ??  ?? HADI sudah melepasi 40 hari kembaranya merentas sejauh 9,500 kilometer.
HADI sudah melepasi 40 hari kembaranya merentas sejauh 9,500 kilometer.
 ?? Hadi Hussein ?? Saya juga dapat menghayati erti syukur apabila melihat kedaifan di sepanjang perjalanan”
Hadi Hussein Saya juga dapat menghayati erti syukur apabila melihat kedaifan di sepanjang perjalanan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia