Harian Metro

Rumah terbuka Rohingya

-

Kuala Lumpur: Syarikat penerbanga­n AirAsia X Berhad, buat julung kalinya meraikan lebih 50 kanak-kanak etnik Rohingya di Sekolah Komuniti Rohingya Kampung Cheras Baru, di sini, semalam.

Pegawai Eksekutifn­ya Benyamin Ismail berkata, dalam kunjungan pertama ke sekolah berkenaan, lebih 20 kakitangan dan pegawai pengurusan AirAsia X turut meluangkan masa meraikan kanak-kanak berkenaan dalam suasana sederhana tetapi meriah.

“Selain bantuan perayaan seperti hamper dan duit raya, kunjungan hari ini (semalam) juga bertujuan bagi melihat sendiri suasana sebenar sekolah komuniti yang dikendalik­an oleh Malaysian Relief Agency (MRA).

“Saya turut mendapat taklimat daripada pihak sekolah dan MRA mengenai operasi mereka di sini termasuk kemudahan pembelajar­an yang ada,” katanya.

Justeru, menurut Benyamin, pihaknya akan meneliti pelbagai bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada sekolah berkenaan khususnya berkaitan pembelajar­an kanak-kanak Rohingya di situ.

“Saya pasti, lawatan pertama ini sebagai langkah awal kepada satu bentuk bantuan dan kerjasama jangka masa panjang yang berterusan.

“Ia juga sebagai satu bentuk sokongan kami terhadap pelarian etnik Rohingya secara keseluruha­n, sama seperti bangsa atau mangsa di seluruh dunia yang memerlukan bantuan umum,” katanya.

Menurutnya, selepas ini AirAsia X bercadang melawat sekolah etnik Rohingya lain di seluruh negara bagi meneliti keperluan atau bantuan yang boleh diberikan.

“Kami akan merangka program bantuan yang lebih khusus dan teratur bagi membolehka­n bantuan disalurkan dengan lebih efisyen,” katanya.

 ??  ?? BENYAMIN (kiri) melayan kanak-kanak Rohingya dalam majlis sambutan Hari Raya AirAsia X dan murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Kampung Cheras Baru.
BENYAMIN (kiri) melayan kanak-kanak Rohingya dalam majlis sambutan Hari Raya AirAsia X dan murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Kampung Cheras Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia