Harian Metro

‘BAYARAN’ MAHAL MENANTI PENGGANAS

-

“Mereka perlu membayar harga yang mahal jika mahu melakukan kekacauan di negara ini.” Demikian amaran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam demokrasi di negara itu.

Menurutnya, peristiwa cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai tahun lalu memang mengejutka­n Turki, tetapi pihak yang bertanggun­gjawab mendalangi kudeta akan menerima pengajaran sewajarnya.

“Kita akan memberi pengajaran yang mahal kepada mereka agar tidak sekali-kali mengganggu keamanan dan kedaulatan Turki,” katanya di hadapan penyokong pada majlis memperinga­ti cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 di Ankara, semalam.

Beliau menegaskan perintah darurat yang dikeluarka­n kerajaan tidak akan ditarik sehingga pengaruh pengganas dapat dihapuskan sepenuhnya.

“Perintah darurat hanya ditarik balik apabila kita mencapai matlamat dalam peperangan menentang keganasan,” katanya.

Beliau turut membidas sikap beberapa negara barat yang lebih mengutamak­an ‘hak kemanusiaa­n’ pengganas yang ketika ini melalui proses pendakwaan.

“Mereka mempersoal­kan jaminan hak kemanusiaa­n pengganas tetapi pada masa sama tiada langsung empati terhadap rakyat Turki yang terbunuh atau kehilangan keluarga ketika mempertaha­nkan negara daripada cubaan rampasan kuasa.

“Turki sentiasa mengutamak­an hak kemanusiaa­n kerana ia mampu memperkasa­kan demokrasi dan kita akan pastikan setiap rakyat Turki mendapat pembelaan.

“Kita akan pastikan keadilan ditegakkan dan pengkhiana­t menerima hukuman sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Turki, Prof Dr Numan Kurtulmus berkata, organisasi pengganas yang didalangi Fetullah Gulen (FETO) mempunyai cawangan di negara asing dengan berselindu­ng di sebalik kerja kebajikan.

“Mereka yang mendalangi cubaan rampasan kuasa ini membuka sekolah di beberapa negara. Saya tidak mahu menamakan negara itu tetapi sasaran FETO ialah memastikan anak kepada pembuat dasar di negara terbabit belajar di institusi pendidikan mereka.

“Mereka tidak akan merampas senjata, jet pejuang atau kereta kebal untuk menyerang

 Amaran Erdogan terhadap mana-mana pihak cuba mengancam demokrasi Turki

negara itu seperti berlaku di Turki pada 15 Julai 2016 tetapi mempengaru­hi pembuat dasar untuk melakukan sesuatu berdasarka­n kepentinga­n organisasi keganasan itu,” katanya.

Menurutnya, sehubungan itu, negara asing tidak sepatutnya memandang rendah terhadap ancaman FETO dan Turki sentiasa bersedia menghulurk­an bantuan bagi memastikan organisasi itu dapat dilumpuhka­n.

 ??  ?? ERDOGAN menyampaik­an ucapan bagi memperinga­ti cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016.
ERDOGAN menyampaik­an ucapan bagi memperinga­ti cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia