Harian Metro

Kemaruk makan lumpur bersalut serpihan bata

-

New Delhi: Seorang penduduk sebuah kampung di India kemaruk memakan lumpur dan serpihan bata.

Kamleshwar, 45, yang bekerja sebagai buruh dikatakan menghabisk­an masa berjam-jam berjalan dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari lumpur ‘terbaik.’

Dia kemudian mencampurk­annya dengan air, membentukn­ya menjadi bulat seperti saiz coklat Ferrer Rocher dan menyalutny­a dengan serpihan bata.

Kamleshwar berkata, setiap tengah hari dia akan memakan sekurang-kurangnya 600 gram bebola lumpur itu yang dilapikkan dengan capati.

Menurutnya, kesihatann­ya tidak pernah terjejas dan giginya

juga dalam keadaan baik.

“Saya sukakan lumpur dan serpihan bata. Saya tidak akan memilih yang lain untuk makan dengan capati. Tidak ada benda lain yang dapat mengenyang­kan saya, lebih-lebih lagi sayur,” kata lelaki berkenaan.

Kamleshwar dipercayai menghidap Pika - keinginan atau tabiat memakan bahan bukan makanan.

Dia yang berasal dari Haridwar, sebuah bandar purba di negeri Uttarakhan­d di utara India mula berselera memakan benda yang yang bukan makanan itu ketika berusia 28 tahun selepas memakan lumpur untuk mengawal kesakitan pada mulutnya.

“Saya sudah memakan lumpur dan serpihan bata sejak 17 tahun lalu.

“Saya mula memakannya ketika berusia 28 tahun dan kini ia menjadi sebahagian hidup saya. Saya tidak pernah sakit kerana tabiat pemakanan saya,” kata lelaki itu.

Kerana itu, katanya,dia tidak bercadang untuk menghentik­an tabiat peliknya itu.

“Saya perlu memakan lumpur dalam sehari. Makanan lain saya tidak peduli,” kata Kamleshwar yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM20 sehari dengan bekerja sebagai buruh. - Agensi

 ??  ?? KAMLESHWAR memakan lumpur bersalut serpihan bata dengan capati. - Agensi
KAMLESHWAR memakan lumpur bersalut serpihan bata dengan capati. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia