Harian Metro

3 maut dalam kebakaran apartmen AL-AQSA MASIH DITUTUP

- Agensi

Honolulu: Sekurang-kurangnya tiga orang mati dan lebih 10 orang cedera apabila sebuah apartmen 36 tingkat di sini terbakar, semalam.

Kebakaran berlaku selama lebih empat jam dan pihak berkuasa mengingatk­an, angka kematian mungkin meningkat.

Bangunan itu yang dikenali sebagai Marco Polo tidak mempunyai sistem pemercik air.

Akhbar tempatan, Honolulu Star Advertiser melaporkan, seorang wanita dan anak remajanya yang menetap di tingkat 26 adalah antara yang mati.

Kira-kira 12 penduduk dan seorang anggota bomba pula cedera, empat daripada mereka parah.

Sekurang-kurangnya 100 anggota bomba dengan 30 jentera terbabit dalam usaha memadamkan kebakaran itu yang dikatakan bermula di tingkat 26 sebelum merebak ke tingkat 25 dan tingkat atasnya. - AFP

Tokoh agama dan politik Palestin semalam mengecam tindakan rejim Israel terus menutup perkaranga­n Masjid Al-Aqsa dengan menyifatka­nnya sebagai pencabulan terhadap kebebasan beragama.

Masjid berkenaan kekal tutup semalam, sehari selepas dua anggota polis Israel ditembak mati di luar perkaranga­nnya.

“Tidak ada alasan untuk menutup Masjid Al-Aqsa. Kami menentang tindakan Israel. Kebebasan untuk bersembahy­ang adalah hak yang dijamin undang-undang dan sebarang tindakan yang mencabulny­a adalah ditentang,” kata Sheikh Yusuf Idis, menteri hal ehwal agama Pihak Berkuasa Palestin.

Perkaranga­n masjid berkenaan ditutup oleh polis Israel selepas tiga penduduk Palestin menembak mati dua askar Israel di Kota Lama Baitulmaqd­is.

Solat Jumaat di masjid berkenaan juga dibatalkan.

Ketiga-tiga penduduk Palestin itu kemudian terbunuh selepas ditembak polis Israel di perkaranga­n masjid itu.

Ini kali pertama solat Jumaat

 Tokoh agama, politik Palestin

kecam tindakan rejim Israel

di Masjid Al-Aqsa dibatalkan sejak puluhan tahun lalu dan pihak berkuasa Israel berkata, masjid itu hanya akan dibuka paling awal hari ini.

Sejurus selepas kejadian kelmarin, rejim Israel juga menahan seketika Mufti Baitulmaqd­is, Mohammed Hussein selepas dia cuba memasuki perkaranga­n masjid itu dan menunaikan solat di kawasan terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia