Harian Metro

100m tiada seri tanpa Khairul, Zaidatul

-

Kuala Lumpur: Dua pelari pecut Khairul Hafiz Jantan dan Zaidatul Husniah Zulkifli mengesahka­n tidak akan menyertai acara 100 meter lelaki dan wanita di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Ke-94 di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai esok.

Sebaliknya, kedua-dua mereka mengambil keputusan menyertai acara 200 dan 4x100m pada saingan dua hari itu yang turut dikenali Kejohanan PraSukan SEA.

Khairul, raja pecut kebangsaan menjelaska­n dia mengambil keputusan menyertai kedua-dua acara berkenaan selepas mendapat nasihat jurulatih Mohd Poad Md Kassim.

“Saya ikut perancanga­n jurulatih yang mahu memberi tumpuan terhadap kedua-dua acara itu berbanding 100m.

“Saya juga harap dapat perbaiki catatan 21.01 saat dalam 200m nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di sini semalam.

Zaidatul yang dikenali sebagai Adik dalam kalangan rakan sepasukan pula menjelaska­n keputusann­ya untuk tidak menyertai 100m kerana sudah menyertai acara sama dalam beberapa kejohanan luar negara sebelum ini.

“Jurulatih turut menasihatk­an saya supaya memberi fokus tehadap kedua-dua acara ini.

“Saya sebelum ini pernah bertanding dalam 100m. Jadi penting untuk mendapat rentak terbaik dalam kedua-dua acara itu sebelum Sukan SEA bulan depan,” jelas Zaidatul.

Dalam pada itu, Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim memaklumka­n 10 negara termasuk Filipina yang menghantar 28 atlet, sudah mengesahka­n penyertaan.

“Kesemua negara bertanding membariska­n atlet terbaik mereka terutama dari Maldives, Thailand dan Filipina. Jadi saya melihat kehadiran mereka akan memberi saingan sengit kepada atlet kita.

“Terbuka Malaysia kali ini turut memberi peluang kepada kami untuk menguji peralatan yang akan digunakan ketika Sukan SEA nanti,” jelas Karim.

Terdahulu beliau menyampaik­an insentif RM35,000 kepada lima atlet kebangsaan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara masing-masing.

Mereka ialah atlet lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin serta kuartet 4x100m wanita (Nurul Faizah Asma Mazlan, Siti Fatimah

>>Khairul dan Zaidatul ambil keputusan hanya sertai 200 dan 4x100m di Terbuka Malaysia

Mohamad, S Komalam Shally dan Zaidatul Husniah serta Khairul). - BERNAMA

 ??  ?? KHAIRUL
KHAIRUL
 ??  ?? ZAIDATUL
ZAIDATUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia