Harian Metro

ROSSI IDOLA HAZIM

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro. com.my

 Impi beraksi di peringkat dunia, bersaing

bersama abangnya di pentas tertinggi

Soalan (S): Boleh kongsikan siapakah yang mula-mula memperkena­lkan Hazim dengan sukan permotoran ini dan mengapa anda memilih sukan ini?

Jawapan (J): Semestinya ayah saya. Malah, abang saya (Haziq Fairues) juga berkecimpu­ng dalam sukan ini, jadi boleh dikatakan jiwa permotoran ini aktiviti kami sekeluarga. Saya pilih sukan permotoran kerana lebih mencabar berbanding acara lain.

S: Boleh ceritakan sedikit mengenai abang Hazim?

J: Abang saya berlumba untuk PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. Sudah banyak kejuaraan yang dia raih walaupun umurnya juga masih muda, 16 tahun. Apabila melihat dia memenangi perlumbaan secara tidak langsung turut membakar semangat saya untuk menjadi sepertinya.

Kalau boleh suatu hari nanti saya juga mahu menaiki podium bersamanya. Saya memang menjadikan dia idola selain jaguh dunia, Valentino Rossi.

S: Apa kelebihan yang ada

Walaupun usianya baru mencecah 13 tahun, keberanian dan kematangan Muhammad Hazim Fairues ketika berlumba dalam saingan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS meletakkan pelumba berasal dari Meru, Klang itu prospek masa

pada anda untuk bergelar pelumba berkelas dunia?

J: Saya gemar memotong pelumba lain di selekoh dan rasanya itu aset utama saya. Selain itu faktor keberanian juga wajib ada dalam jiwa seorang pelumba dan saya memang sukakan kelajuan dan berani memecut laju.

S: Tadi anda sebut Rossi antara pelumba diminati, kenapa?

J: Rossi hebat dalam hujan malah dia juga antara pelumba paling senior dan berpengala­man dalam MotoGP. Rossi gemar mencabar atau depan negara.

Menjadikan abangnya, Muhammad Haziq Fairues yang juga pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor sebagai idola, Hazim menanam impian berlumba bersama-sama abangnya di Grand Prix (GP) Dunia suatu hari nanti.

Bagi mengenali lebih dekat jaguh cilik pilihan Arena Metro minggu ini, mari ikuti wawancara bersamanya.

memotong pesaingnya tidak kira di selekoh mahupun di laluan lurus. Malah, dia juga amat konsisten selain mempunyai pakej lengkap dan sederhana.

S: Apa perancanga­n masa depan anda dalam sukan permotoran ini?

J: Sasaran saya adalah mahu bersaing dengan abang saya di pentas tertinggi selain berentap bersama beberapa pelumba tempatan lain terutama Khairul Idham Pawi.

S: Jadual anda agak sibuk dengan latihan dan status sebagai pelajar. Bagaimana anda membahagik­an masa?

J: Saya bersyukur mendapat ahli keluarga yang amat memahami. Ibu bapa saya banyak menolong dengan kadang-kala membantu saya menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya. Walaupun sibuk dengan jadual harian saya tetap utamakan pelajaran.

 ??  ?? HAZIM mahu bersaing dengan pelumba tempatan terutamany­a Khairul Idham.
HAZIM mahu bersaing dengan pelumba tempatan terutamany­a Khairul Idham.
 ??  ?? HAZIM (kanan) menduduki tempat ketiga pusingan 1 kategori Yamaha.
HAZIM (kanan) menduduki tempat ketiga pusingan 1 kategori Yamaha.
 ??  ?? HAZIM menerima trofi dimenangin­ya.
HAZIM menerima trofi dimenangin­ya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia