Harian Metro

‘KAMI MAHU MENANG EMAS’

- Azlanmz@hmetro.com.my

Soalan: Sukan hoki dalam dewan acara baru di Malaysia dibandingk­an dengan hoki padang yang sudah bertaraf dunia.

Bagaimana Qasidah Najwa Muhd Halimi melihat cabaran pasukan di Sukan SEA kerana baru setahun

“Sasaran kami amat mudah, mahu menang emas. Kami mahu membuktika­n pasukan yang baru ditubuhkan tahun ini mampu membantu kontinjen negara bergelar juara keseluruha­n.

Ia juga bagi memenuhi hasrat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahukan kami berusaha meraih emas di tanah air sendiri.

Kami tidak bercakap kosong, kemampuan mara ke jagung dan bagaimana masa depan sukan ini selepas temasya dwitahunan nanti. final kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia 2017 memberikan suntikan semangat tinggi untuk Sukan SEA nanti.

Kami berjaya mengatasi Thailand, antara pencabar di Sukan SEA selain Kazakhstan, Uzbekistan, China dan Korea Utara di Doha, April lalu.

Kami berjaya menewaskan Thailand 2-1 di separuh akhir namun malangnya kami tewas di final kepada Kazakhstan.

Bagaimanap­un, ia dilihat antara pengalaman kami untuk memantapka­n pasukan dan memberikan peluang untuk membaiki kelemahan. Namun, Sukan SEA kejohanan berbeza. Kami tidak memandang mudah Thailand dan Indonesia yang sudah lama beraksi dalam hoki ini.

Bagi saya, kejayaan emas dalam acara ini amat penting kerana boleh menjadi pemangkin kepada pihak berwajib untuk memaju dan memperkemb­angkan sukan ini.

Saya pasti hoki dalam dewan mampu bertaraf dunia seperti hoki padang kerana kedua-duanya tidak mempunyai perbezaan ketara dari segi corak permainan.”

 Qasidah anggap usia muda pasukan bukan penghalang

bantu kontinjen negara muncul juara keseluruha­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia