Harian Metro

BURU GELARAN KELAPAN

- AFP

Juara tujuh kali Roger Federer melangkah ke final Wimbledon buat kali ke-11 kelmarin selepas mengalahka­n naib juara 2010 Tomas Berdych 7-6 (7/4), 7-6 (7/4), 6-4.

Bintang berusia 35 tahun itu yang memburu gelaran kelapan selain juara tertua Kelab All England di Era Terbuka, akan menentang pemain Croatia Marin Cilic di final malam ini.

Cilic yang juga pilihan ketujuh, layak ke final menerusi kemenangan 6-7 (6/8), 6-4, 7-6 (7/3), 7-5 ke atas pemain Amerika Syarikat Sam Querrey.

“Saya berbangga kerana dapat berada di satu lagi final dan menikmati aksi di Gelanggang Tengah,” kata Federer selepas bermain di separuh akhir Grand Slam buat kali ke-42 di sepanjang kariernya.

Dia adalah pemain lelaki kedua tertua yang berjaya ke final Wimbledon selepas Ken Rosewall muncul naib juara 1974 pada usia 39 tahun.

Dengan ketiadaan Andy Murray dan Novak Djokovic yang tersingkir di suku akhir akibat kecederaan sambil Rafael Nadal tewas di kelompok 16 pemain terakhir, Federer muncul sebagai pilihan untuk bergelar juara Wimbledon paling tua sekali gus memintas Arthur Ashe yang muncul juara pada usia 32 tahun dalam edisi 1975.

Tetapi walaupun rekod pertemuan dengan Cilic memihak kepadanya dengan catatan 6-1, Federer perlu berhati-hati ketika menentang lawan yang pernah mendahului­nya 2-0 di

 Federer idam rekod juara tertua Kelab All England

suku akhir tahun lalu itu.

“Kami mengharung­i suku akhir yang sengit di sini tahun lalu dan dia juga pernah mengalahka­n saya menerusi straight sets di Terbuka AS pada 2014,” kata Federer.

“Saya perlu bermain secara bertahan. Jika anda memberikan cukup masa kepada Marin, dia pasti menguasai permainan.

“Permukaan gelanggang di sini akan membantu servis saya tetapi dia juga memiliki kelebihan sama. Saya pasti saingan kali ini pasti sengit.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia