Harian Metro

IBRA MUNGKIN KEKAL DI UNITED

 Mourinho mahu tunggu hingga kecederaan penyerang itu sembuh

- Jika dia mengambil keputusan untuk kekal dan sedia menunggu hingga Disember, mengapa kami tidak boleh menerimany­a?” Jose Mourinho

Zlatan Ibrahimovi­c mungkin ditawarkan kontrak baru oleh Manchester United, kata pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Jose Mourinho menjelang perlawanan persahabat­an dengan Los Angeles Galaxy.

Bercakap di sidang akhbar sebelum perlawanan jelajah pertama mereka di California, Mourinho sedia membenarka­n pemain Sweden itu untuk kembali menyarung jersi United apabila dia pulih daripada kecederaan lutut nanti.

Ibrahimovi­c, 35, yang sudah tidak memiliki kontrak bersama United, muncul penjaring terbanyak musim lalu tetapi dilanda kecederaan dan tidak boleh bermain hingga Disember.

“Jika dia mengambil keputusan untuk kekal dan sedia menunggu hingga Disember, mengapa kami tidak boleh menerimany­a?” kata jurulatih Portugal itu kepada wartawan.

Sepanjang ketiadaan Ibrahimovi­c, Mourinho sudah membawa masuk penyerang Belgium Romelu Lukaku dari Everton.

Mourinho berkata, United membeli Lukaku kerana pemain itu sudah serasi bersama Liga Perdana selain memiliki banyak pengalaman di England dan berharap anak buahnya itu mampu menyesuaik­an diri serta merta.

“Memang ada lebih ramai penyerang yang hebat di luar sana tetapi Liga Perdana adalah istimewa dan biasanya pemain baru terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyesuaik­an diri. Lukaku sudah bermain di sini selama lima musim,” katanya.

“Dia hadir ke kelab kami dengan tanggungja­wab lain tetapi ia masa yang tepat baginya. Dia masih muda tetapi memiliki banyak pengalaman di Liga Perdana serta skuad antarabang­sa Belgium. Dia akan beraksi di Liga Juara-Juara dan itu juga menjadi motivasi utamanya.”

Mourinho memerlukan seorang pemain yang tahu bagaimana untuk menjaringk­an gol setiap kali menentang pasukan yang mengamalka­n corak bertahan.

“Romelu bukan seorang pemain yang sering terbabit dengan pergerakan bola. Dia adalah pemain yang paling sesuai di barisan depan.

“Banyak lawan kami musim lalu mengamalka­n corak bertahan, menutup ruang dan menggunaka­n sepenuhnya pemain pertahanan selain dibantu pemain tengah.

“Kami perlukan seorang pemain yang boleh menunggu bola di barisan depan dan sudah pasti ia bukanlah (Anthony) Martial atau (Marcus) Rashford.

“Kami mempunyai pilihan, pemain baik, tetapi tidak ada pemain yang boleh menjadi sasaran atau lebih tepat lagi pemain yang membawa watak seperti pemain jersi nombor sembilan. Itulah gunanya Romelu.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia