Harian Metro

Wenger puji ketajaman Lacazette

-

London: Ayam tambatan baru Arsenal Alexandre Lacazette

hanya memerlukan 15 minit untuk menghasilk­an gol pertamanya buat Gunners.

Pemain berusia 26 tahun itu masuk sebagai pemain gantian dan menjaringk­an gol hasil hantaran lintang Alex Iwobi ketika perlawanan persahabat­an menentang Sydney FC, Khamis lalu dan pengurus Arsene Wenger menjangkak­an jaringan itu tidak akan terhenti setakat itu saja.

“Dia adalah pemain yang memiliki corak permainan yang kami inginkan,” kata Wenger kepada Arsenal Player. “Keupayaan teknik yang dimilikiny­a jika digabungka­n dengan kemampuann­ya untuk berganding­an dengan pemain lain di dalam kotak penalti... Dia bukan sekadar penjaring tetapi dia juga mampu merencana pergerakan untuk menghasilk­an jaringan. Kami bermain berdasarka­n pergerakan dan dia mempunyai asas itu.

“Kami adalah pasukan yang mementingk­an soal penguasaan bola dan di dalam bola sepak moden, anda perlukan faktor itu ketika bergerak bermula dari benteng pertahanan hingga serangan. Kualiti larian serta pergerakan pemain adalah penting. Kualiti gerakan penyudah juga perlu luar biasa.

“Bagi Sead (Kolasinac) pula, dia seorang pemain yang mampu beraksi di bahagian sayap serta bijak mencipta peluang buat rakan sepasukann­ya,”: kata pengurus itu.

“Tubuhnya kuat dan mampu menerima asakan. Dia cukup komited, fokus dan mampu bermain di posisi lain. Dia boleh diturunkan di posisi pertahanan dan sayap.

“Justeru, kehadiran pemain seperti itu sangat bermakna buat kami.

“Dia juga boleh menyesuaik­an diri jika kami menggunaka­n formasi empat pemain pertahanan. Secara keseluruha­n, dia sering bermain dengan sistem agak berbeza tetapi ia bukan masalah kerana dia bijak menyesuaik­an diri. Saya percaya dia boleh bermain dengan corak permainan kami.” - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia