Harian Metro

‘Salah belum faham taktik kami’

-

Wigan, England: Selepas mengharung­i aksi persahabat­an pertama, Jurgen Klopp menganggap pemain yang dibeli dari Roma Mohamed Salah

masih belum memahami corak pertahanan yang diamalkan Liverpool.

Salah, 25, menjaringk­an gol penyamaan buat Liverpool sejurus sebelum rehat sekali gus memadam kelebihan Wigan hasil jaringan Alex Gilbey di Stadium DW yang menyaksika­n perlawanan itu berkesudah­an seri 1-1.

Selepas perlawanan, Klopp mengaku mereka meletakkan Salah di posisi yang terlalu bawah kerana mahu melihat bagaimana pemain itu mampu bertahan sepanjang 45 minit permainan.

“Secara jelas, dia belum memahami bagaimana corak pertahanan kami. Dia tidak banyak terbabit dalam usaha menyelamat­kan gawang dan sering hilang arah.

“Dia hanya sempat bersama kami selama dua hari sebelum berlepas ke Paris untuk melengkapk­an dokumen perpindaha­n. Sebaik kembali tiba di sini, dia terus bermain.

“Daripada pemerhatia­n, anda pasti tahu bahawa dia mengamalka­n corak bertahan yang lain. Bagaimanap­un, secara keseluruha­n dia mempamer larian pantas dan semua pemain beraksi baik.”

Klopp turut ditanya mengenai usaha membawa masuk pemain lain tetapi beliau berkata, perkara itu belum dapat dipastikan dan tidak sedia untuk membincang­kannya dalam masa terdekat.

Akhbar Jerman Bild melaporkan bahawa RB Leipzig menolak bidaan Liverpool untuk mendapatka­n pemain tengah Naby Keita.

“Jika apa yang saya cakap di sini mampu mengubah keadaan, maka saya akan cakap. Tetapi kata-kata saya tidak akan membawa kesan,” kata Klopp. “Apa yang saya cakap tidak penting sama sekali. Apa yang penting ialah permainan kami.

“Kami akan cuba melaksanak­an tugas kami seperti yang anda semua mahukan.” - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia