Harian Metro

BONUCCI MILIK MILAN

- AFP

Pertahanan antarabang­sa Itali Leonardo Bonucci berpindah ke AC Milan secara mengejut selepas meninggalk­an juara Itali Juventus, kata kelab San Siro itu semalam.

Dalam satu kenyataan, AC Milan mengesahka­n bahawa mereka sudah mencapai persetujua­n dengan Juventus dan pemain pertahanan tengah itu akan menandatan­gani kontrak lima tahun bergantung kepada keputusan ujian perubatan.

Bonucci pernah memenangi enam gelaran Serie A secara berturut-turut bersama

(gambar)

Juve tetapi berpindah secara percuma ke AC Milan.

Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan menerima gaji sebanyak 10 juta euro (RM49.2 juta) semusim yang menjadikan­nya pemain dengan gaji tertinggi di Serie A.

Pertahanan tengah itu dilihat tiba di ibu pejabat Milan menerusi rakaman video yang dikeluarka­n laman web rasmi kelab.

Milan yang juga bekas juara Eropah sebanyak tujuh kali itu sedang mengukuhka­n pasukan apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam musim lalu dan ia adalah kedudukan paling tinggi sejak kempen 2012-13.

Bonucci hadir tiga hari selepas

 Pertahanan Itali tinggalkan Juventus, tandatanga­n kontrak lima tahun di San Siro

penjaga gol berusia 18 tahun, Gianluigi Donnarumma yang dilabel sebagai bakal penjaga gawang terhebat dunia, bersetuju melanjutka­n kontrak di San Siro hingga 2021.

Corriere della Sera melaporkan, perpindaha­n Bonucci didorong hubungan dinginnya dengan jurulatih Massimilia­no Allegri yang pernah membimbing kelab gergasi Turin itu ke dua final Liga Juara-Juara.

Bonucci yang memulakan kariernya di Inter, menafikan bahawa dia berbalah dengan rakan sepasukann­ya ketika rehat final Liga Juara-Juara di Cardiff yang dimenangi Real Madrid 4-1.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia