Harian Metro

Fokus aksi di Bangkok: Adib

-

Kuala Lumpur: “Lupakan perlawanan dengan Myanmar, ujian kami yang sebenar di Bangkok nanti,” kata kapten skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Adib Zainudin sambil mengingatk­an rakan sepasukan kekal fokus kepada misi sebenar di saingan Kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19-23 Julai ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mendapat suntikan semangat menjelang kempen berkenaan apabila menewaskan Myanmar yang juga naib juara Sukan SEA 2015 2-0 pada aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Bagi Adib, 22, keputusan itu sesuatu yang positif kerana mereka hanya dapat

(gambar)

mengumpul semua 26 pemain sehari sebelum perlawanan tidak termasuk enam pemain asal yang tidak mendapat pelepasan pasukan.

Adib, 22, yang juga pemain pertahanan FELCRA FC berkata, mereka tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan itu kerana saingan sebenar menanti mereka di Bangkok apabila mereka diundi dalam Kumpulan H bersama tuan rumah Thailand, Indonesia dan Mongolia.

“Kemenangan ke atas Myanmar memberikan keyakinan untuk beraksi di Kejohanan AFC nanti tapi kami tidak boleh cepat berpuas hati. Masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki termasuk di bahagian pertahanan kerana agak terlalu berhati-hati.

“Kami sedar saingan di Bangkok lebih sukar kerana Thailand dan Indonesia pasukan yang bagus, jadi kami harus kembali fokus dan bersedia,” katanya kepada Arena Metro.

Dalam perlawanan dengan Myanmar, Kim Swee yang masih mengekalka­n formasi 3-4-3 menyaksika­n Adib berganding­an bersama Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria di bahagian pertahanan.

Menurut Adib, biarpun skuad muda negara ini dihimpit masalah kecederaan dan pemain gagal mendapat pelepasan, mereka akan berusaha memberikan persembaha­n

terbaik di Kejohanan AFC B-23 yang turut menjadi pentas persiapan ke Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan.

“Memang agak sukar dengan tempoh latihan singkat, serta pemain yang ada ini, tapi kami akan tetap berusaha berikan saingan. Saya percaya semua pemain akan bersaing merebut tempat ke Sukan SEA,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia