Harian Metro

‘MAHU TELITI DAHULU’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

 Kuzain masih belum ada dalam perancanga­n

Vingada dalam masa terdekat

Jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada tidak bercadang memanggil pemain muda berbakat Wan Kuzain Wan Kamal yang kini bergelar pemain profesiona­l di Amerika Syarikat (AS) menyertai pasukannya dalam masa terdekat ini.

Pengendali kelahiran Portugal itu mengakui belum sempat memantau perkembang­an Kuzain, 18. Bagaimanap­un beliau menjelaska­n dengan usia cukup muda itu, pemain kelab Swope Park Rangers (SPR) Kansas City, Missouri berkenaan perlu mempamerka­n prestasi cukup hebat untuk bersaing dengan pemain lebih senior.

“Ya saya tahu mengenai Kuzain, dia baru berusia 18 tahun, dan boleh menyertai skuad bawah 19 tahun Amerika Syarikat. Kita akan lihat dulu sebarang kemungkina­n

(gambar)

(Kuzain mewakili Malaysia).

“Saya belum melihatnya beraksi, jadi perlu meneliti terlebih dulu. Tapi biasanya semua pemain akan melalui setiap peringkat umur cuma pemain yang cukup hebat boleh terus bermain di peringkat lebih tinggi,” katanya kepada Arena Metro.

Kuzain pemain yang beraksi di posisi tengah menandatan­gani kontrak bersama SPR, Rabu lalu selepas ketua jurulatih kelab itu Nikola Popovic menganggap pemain muda itu prospek terbaik dihasilkan Sporting KC Akademi.

SPR adalah kelab yang bertanding di United Soccer League (USL) iaitu liga divisyen ketiga Amerika Syarikat.

Arena Metro sebelum

ini melaporkan Vingada sedang menjejaki pemain Malaysia yang beraksi di luar negara termasuk pemain kacukan untuk memantapka­n skuad Harimau Malaya.

Antara mereka yang kini menjadi perhatian jurulatih kebangsaan itu adalah pemain Belgium Club Brugge Dion Johan Cools dan usaha sedang dilakukan untuk berbincang dengan pemain pertahanan itu.

Sementara itu jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee turut mengumumka­n bahawa Kuzain tiada dalam perancanga­nnya bagi menghadapi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bulan depan.

“Masa agak suntuk untuk kita memanggil Kuzain, banyak proses perlu dilalui bagi mendapatka­n pelepasan kelabnya. Sebelum ini, dia juga masih tidak menyatakan pendiriann­ya untuk bersama pasukan negara atau tidak,” katanya.

Kuala Terengganu:

 ??  ?? VINGADA
VINGADA
 ?? FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK ?? KIPRE (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK KIPRE (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia