Harian Metro

‘Saya tak cari, tawar penaja’

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Tanggal 28 Julai ini, pelakon jelita Siti Saleha Baharom, 27, bakal bergelar suri kepada Ahmad Lutfi Azhar, 31. Sama saja seperti mana-mana bakal pengantin, pastinya 1,001 rasa sedang bergelodak dalam jiwa.

Tapi Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga, saudara mara dan teman yang baik, bersedia membantuny­a sepanjang sibuk dengan persiapan hari bahagia bakal menjelang.

“Persiapan setakat ini ‘okey’ sebab ada ‘team’ yang sangat bagus. Semua ada peranan masingmasi­ng dan ia seimbang. Ayah, adikberadi­k, pengurus dan saudara mara banyak membantu,” katanya.

Resam bergelar selebriti popular, selalunya ada sahaja pihak yang mahu menaja majlis pernikahan dan persanding­an.

Bagi Saleha, perkahwina­n ditaja bukan fokus utama dan setakat hari ini belum ada yang menawarkan diri untuk menaja dan menjadi sebahagian daripada detik bersejarah dia dan bakal suami.

“Saya sendiri tidak mencari dan menawarkan kepada mana-mana pihak untuk menaja. Setakat ini perbelanja­an besar semuanya hasil duit poket saya dan keluarga. Andai ada pun yang sudi menaja hanya membabitka­n perkara kecil.

“Memandangk­an saya juga duta kepada jenama minuman Nescafe, mereka berkemungk­inan akan meletakkan gerai pada hari resepsi nanti,” katanya.

Saleha akui dia bukan seperti selebriti lain yang ditaja pelbagai syarikat daripada kosmetik, pakaian hingga ke aksesori. Baginya, keselesaan diri lebih penting berbanding ditaja sepenuhnya.

Dia mengambil contoh cara kerjanya sendiri, andainya ada jenama yang mahukannya menjadi duta tapi tidak sesuai dengan imej serta keselesaan­nya, dia akan menolak dengan cara baik berserta alasan kukuh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia