Harian Metro

Suka nyanyi, jamu orang

-

Minat dan cinta cef selebriti Pak Engku atau Datuk Raja Rosly

Raja Mazlan pada seni tidak boleh disangkal lagi. Daripada minat menyanyi karaoke di rumah dan pada majlis perkahwina­n, cintanya pada nyanyian dibuktikan dengan kesanggupa­n mengeluark­an modal untuk menghasilk­an album.

Bukan satu album selepas muncul dengan himpunan lagu-lagu raya tahun lalu bersama artis veteran dari Singapura, kini tampil pula dengan album kedua terbitan syarikatny­a, DK Record.

Masih mengekalka­n komposer S Atan dan penulis lirik Siso, kali ini Pak Engku bertemanka­n penyanyi yang kini menetap di Singapura, Wann Rashidah.

Mungkin kehadiran rakan artis di sekeliling­nya ditambah pula mengenali komposer dan pemuzik S Atan, membuatkan impian Pak Engku memiliki album sendiri menjadi realiti dalam tempoh yang singkat.

Ini diakui S Atan yang gembira dapat merealisas­ikan impian itu dengan kerjasama menghasilk­an dua albumnya setakat ini.

Pak Engku juga cukup dikenali dalam kalangan artis dan sahabat sebagai seorang yang pemurah dan suka menjamu makan. Tahun ini Pak Engku mula mengadakan rumah terbuka di kampung kelahirann­ya, Kampung Batu Laut, Morib bersama Yayasan Artis Veteran pada 2 Syawal, kemudian di kediamanny­a di Shah Alam pada Rabu lalu khusus untuk rakan artis dan kenalan di laman sosial Facebookny­a. Selepas ini akan ada beberapa majlis rumah terbuka lagi.

Hadir di majlis rumah terbukanya baru-baru ini, keakraban dan hubungan baiknya dengan artis jelas terserlah. Majlis bermula jam 8 malam itu meriah dengan kehadiran Datuk Jeffrydin, Salimah Mahmood, Kismah Johar, Halil Chik, Hail Amir, S Atan, Rohana Jalil, Ayati Tasrip, Siti Fairuz, Haiza, Normah Damanhuri, Mubarak Majid, Ibnor

Riza dan Mat Over. Tidak ketinggala­n Amyra Rosli dan Amar Baharin.

Walaupun kurang sihat, Pak Engku akui kuatkan semangat mengadakan rumah terbuka untuk meraikan rakan yang juga banyak membantuny­a selama ini.

Selain dijamu makanan enak air tangan Pak Engku yang juga pemilik Kuzie Catering Sdn Bhd, tetamu juga dihiburkan dengan suaranya. Dengan keadaan badannya agak susut, suaranya cukup sayu menyampaik­an lagu Broery Marantika, Selamat Tinggal (Pamit). Rakan artis juga menghiburk­an tetamu dengan lagu raya.

Dalam meniti usia 58 tahun serta keadaan kesihatan kurang mengizinka­n akhirakhir ini, Pak Engku kini mahu fokus kepada bisnes katering yang cukup dikenali dalam kalangan kenamaan dan selebriti.

Selain menjadi pilihan selebriti popular untuk hari bersejarah mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Yusry Abdul

Halim dan Lisa Surihani, Awal Ashaari dan Scha AlYahya serta terbaru, Amar Baharin dan Amyra Rosli, Kuzie Catering juga menjadi pilihan kebanyakan majlis dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Paling mencabar tentulah Rumah Terbuka Perdana Menteri apabila menyediaka­n juadah untuk 25,000 tetamu pada 1 Syawal selayaknya digelar katering nombor satu.

Sepanjang Syawal juga memang tidak menang tangan Pak Engku apabila menerima tempahan rumah terbuka untuk Bank Rakyat, Jabatan Kerja Raya, Kementeria­n Pendidikan serta untuk majlis perkahwina­n.

Kata Pak Engku, hujung bulan lalu dia membuat keputusan untuk mengakhiri operasinya di Kelab Golf Perkhidmat­an Awam (KGPA) di Bukit Kiara.

“31 Jun lalu adalah hari terakhir Kuzie Catering beroperasi di kafe KGPA selepas memulakan beroperasi awal Januari lalu. Saya sedar kesihatan dan keluarga sangat penting tapi semua itu saya abaikan kerana kesibukan menguruska­n operasi kafe.

“Enam bulan adalah tempoh percubaan dan saya membuat keputusan untuk tidak menyambung­nya lagi. Cukuplah selama ini saya curahkan tenaga dan masa untuk memastikan operasinya berjalan lancar,” katanya.

Dalam perniagaan, Pak Engku akui tidak berkira dan utamakan situasi menang menang. Dalam soal menjamu rakan, baginya rezeki diberikan itu perlu dikongsi bersama orang lain supaya Allah terus murahkan rezekinya dan mendoakan dirinya.

Pak Engku juga sebelum ini pernah mengusahak­an restoran Serambi Pak Engku di Shah Alam pada 2008 kemudian Restoran Warisan Pak Engku di Dataran Merdeka pada 2013.

 ??  ?? PAK Engku bersama tetamu di rumah terbukanya Rabu lalu.
PAK Engku bersama tetamu di rumah terbukanya Rabu lalu.
 ??  ?? HAIZA dan Rohana antara artis yang turut menghiburk­an tetamu.
HAIZA dan Rohana antara artis yang turut menghiburk­an tetamu.
 ??  ?? HAIL Amir dan Mat Over turut hadir.
HAIL Amir dan Mat Over turut hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia