Harian Metro

Nak cari ‘lauk’ agak-agak la...

-

Awalnya tak percaya dengan cerita yang disampaika­n teman Cik Pang ini sebab selama mengenali pelakon lelaki berbadan gempal ini hampir tiada langsung cerita negatif dikaitkan dengannya.

Kalau ada pun sekadar kisah cinta yang tidak kesampaian dengan artis itu dan ini. Itu saja.

Tapi cerita terbaru, teman Cik Pang mendakwa pelakon itu pernah cuba menggoda seorang pengurus artis ketika berada dalam keadaan ‘lalok’ akibat mengambil dadah.

Dakwa teman Cik Pang lagi, kejadian berlaku beberapa bulan lalu. Si artis didakwa sedang mencari pengurus baru dan menghubung­i pengurus itu untuk bertemu bagi membincang­kan beberapa projek.

Kata teman Cik Pang, si artis mengajak si pengurus datang ke sebuah hotel di pinggir ibu kota. Si pengurus yang pelik dengan permintaan terbabit telah memberikan syarat kalau mahu bertemu, perjumpaan harus dibuat di restoran atau kafe.

Mungkin sebab gagal pujuk ke hotel, si pelakon setuju untuk bertemu dengan si pengurus di sebuah kafe berhampira­n. Tapi sebaik pertemuan selesai, si pelakon sengaja tinggalkan kunci kereta bersama si pengurus dan dia terus naik ke bilik hotel.

Rupa-rupanya, si pelakon sekali lagi cuba memujuk si pengurus untuk naik ke bilik hotel dengan alasan minta hantarkan kunci kereta yang tertinggal bersama si pengurus.

Mujurlah si pengurus bijak mengawal situasi dan tidak termakan dengan pujuk rayunya. Kalau tidak, pasti jadi ‘lauk’ si pelakon itu.

Cik Pang harap, pelakon itu sudah insaf dengan perbuatan kejinya itu. Nasihat Cik Pang, jadilah artis yang bersih dan mendapat berkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia