Harian Metro

Meremang bulu roma dengar Beyonce, Celine

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Selepas muncul juara program realiti Mentor 5, kehadiran Salma A

Asis dalam industri tidak bertahan lama. Sepi seketika, nama Salma kembali jadi sebutan apabila menjulang tempat pertama dalam pertanding­an 3 Juara.

Ramai menyifatka­n Salma diberi peluang kedua dan seharusnya tidak mensia-siakannya. Kini tampil bertudung, Salma bersyukur kerana peminat masih mengenali dirinya.

Muncul dengan lagu baru berjudul Akhirnya Cinta, anak kelahiran Tawau, Sabah ini berharap single yang mendapat sentuhan Slen sebagai penulis lirik dapat membantu menaikkan kembali namanya di persada seni suara.

Pernah menguruska­n sendiri kerjayanya, kini Salma memberi kepercayaa­n pada syarikat Wake The Baby mengatur percaturan untuk mengukuhka­n namanya di persada seni. Lagu barunya turut dijadikan sebagai runut drama Ku Kirim Cinta.

Berkemampu­an menyanyika­n lagu bernada tinggi, sedari dulu Salma menjadikan penyanyi antarabang­sa Beyonce dan Celine Dion sebagai idolanya dan menjadi contoh dalam setiap nyanyian serta persembaha­nnya.

Katanya, walaupun hanya melihat persembaha­n mereka menerusi televisyen dan YouTube, ia sudah cukup membuatkan bulu romanya meremang.

“Sekadar mendengar lagu mereka berkumanda­ng di radio pun sudah membuatkan semangat saya berkobarko­bar. “Beri saja apa genre lagu kepada mereka, pasti dapat dialunkan dengan sempurna.

Kalau ada masa lapang, saya akan menonton persembaha­n mereka di YouTube.

“Saya akan melihat, memerhati dan belajar cara mereka menyampaik­an sesebuah lagu. Saya menonton nyanyian mereka bukan sekadar berhibur tetapi untuk belajar memperbaik­i diri,” katanya.

Sebelum bergelar penyanyi, Salma akui pernah menyertai beberapa pertanding­an menyanyi dan sering memilih lagu Beyonce serta Celine untuk didendangk­an berentap dengan peserta lain.

Selain minat, pemilihan lagu itu juga kerana kualiti dan ‘range’ yang sesuai untuk dibawa ketika pertanding­an.

“Tidak semua penyanyi mampu menyanyika­n lagu mereka dengan baik. Bukanlah saya mahu katakan saya berkemampu­an menyanyika­n lagu itu dengan baik. Tidak, bukan itu maksud saya tetapi rasa minat itu mendorong untuk mendendang­kan lagu itu dengan baik.

“Hakikatnya lagu Beyonce dan Celine memang tidak mudah untuk dinyanyika­n. Ia memerlukan seseorang itu untuk berlatih dengan gigih. Tidak hanya memperbaik­i vokal malah corak persembaha­n,” katanya.

Bercita-cita mahu menjadi sehebat dua penyanyi itu, Salma bagaimanap­un sedar masih banyak yang perlu dipelajari. Malah, ada beberapa perkara yang perlu diasah sebelum mengambil langkah lebih besar.

Katanya, dia gembira kerana persembaha­nnya dalam pentas epik 3

Juara mendapat pujian penonton dan terharu dengan maklum balas positif peminat yang sempat menyaksika­n nyanyianny­a.

Selain melihat gaya persembaha­n Beyonce dan Celine, Salma juga akan cuba mempraktik­kan ilmu yang diperoleh hasil pemerhatia­n setiap kali menghiburk­an orang ramai.

Katanya, bukanlah mahu meniru bulatbulat tetapi semangat, ‘showmanshi­p’ dan aura mereka di pentas itu yang harus dipelajari.

“Ada yang boleh menyanyika­n lagu dengan baik tapi jarang yang boleh membuat persembaha­n menghiburk­an.

“Sebagai penyanyi yang mengidolak­an mereka, saya tidak boleh membiarkan minat itu pada tahap yang sama. Minat itu harus dicambah dan salurkan menjadi perkara yang baik.

“Jangan jadikan minat itu hanya sekadar minat. Kita harus ambil perkara positif daripada idola kita. Kita lihat pada kejayaan dan berusaha untuk menjadi seperti dia,” katanya.

Mengenai lagu kegemarann­ya, kata Salma, dia sering memilih I Surrender dan Listen setiap kali membuat persembaha­n serta memerlukan dia menyanyika­n lagu ‘cover’.

Salma tonton YouTube untuk lihat, perhati, belajar cara idolanya persembah sesebuah lagu

 ??  ?? SALMA
SALMA
 ??  ?? CELINE
CELINE
 ??  ?? BEYONCE
BEYONCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia