Harian Metro

Wani rakam lagu duet

Berganding dengan kumpulan Viral pertaruh single Kumbang dan Bunga

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Selepas muncul dengan dua single solo, Jangan Jangan dan Berteman Saja, penyanyi Wani Kayrie,

17, juga merakamkan lagu duet.

Berganding dengan kumpulan Viral yang dianggotai dua beradik kembar, mereka mempertaru­hkan single Kumbang dan Bunga.

Single yang dilancarka­n lima bulan lalu itu juga dipilih menjadi lagu tema untuk drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati di Astro, baru-baru ini.

Berbicara mengenai kerjasama dengan Viral, Wani berkata, dia teruja merakamkan single Kumbang dan Bunga.

“Selain menyanyi solo, saya juga tidak ada masalah merakam lagu secara duet dengan penyanyi lain jika berpeluang.

“Apabila syarikat rakaman Suria Records menggandin­gkan saya berduet dengan Viral, ia peluang yang tidak boleh ditolak.

“Apatah lagi sebaik mendapat melodi dan lirik lagu Kumbang dan Bunga, saya rasa sangat sesuai dengan vokal. Bahkan ketika rakaman di studio pun antara saya dan Viral sangat senang memberi kerjasama,” katanya.

Wani atau Syazwani Abdullah berkata, dia tetap berasa bimbang memikirkan sambutan peminat untuk lagu itu.

“Selepas popular dengan lagu Jangan Jangan, pada tahun lalu saya tampil pertaruhka­n Berteman Saja. Bagaimanap­un single bergenre balada itu kurang mendapat perhatian dan saya dilihat semacam menyepi,” katanya.

Menurut Wani, kini dia kembali menaruh harapan apabila single duet Kumbang dan Bunga sering berkumanda­ng di radio.

“Ditambah sejak menjadi lagu tema drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, ia banyak membantu mempromosi­kan single Kumbang dan Bunga.

“Jauh di sudut hati, saya gembira lagu itu semakin menjadi perhatian pendengar meskipun pada awal dilancarka­n sambutan perlahan,” katanya.

Wani yang akan menduduki peperiksaa­n

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini berkata, dia masih aktif menerima undangan menyanyi.

“Tiada istilah ‘berehat sementara’ buat saya pada ketika ini walaupun peperiksaa­n percubaan SPM bulan depan.

“Walaupun pelajaran adalah keutamaan namun aktiviti nyanyian tetap diteruskan.

“Malah setakat ini prestasi pelajaran saya tidak terganggu. Jadi, kenapa saya perlu memperlaha­nkan karier seni.

“Jika mahu ‘berehat seketika’ untuk fokus kepada SPM, saya akan lakukan pada November depan,” katanya.

Menurut Wani, apabila memberi fokus pada SPM dia tidak akan menerima apa saja tawaran persembaha­n untuk menyanyi.

Bersyukur diberi kebebasan oleh ibu bapanya dalam membuat keputusan sendiri, Wani berkata, dia tidak akan terburu-buru.

“Biarpun saya bebas membuat keputusan tetapi pandangan ibu bapa tetap tidak dilupakan dan pasti diambil kira.

“Saya gemar berbincang dengan ibu bapa dan setiap pandangan mereka sangat membantu saya,” katanya.

Mengenai single solo barunya, Wani berkata dia kini muncul dengan single ketiga, Aku Suka Kamu ciptaan Audy

Mok dan lirik oleh

Shazzy.

Viral cuba berdikari

Dua tahun mengikat kontrak dengan Mixology Music milik komposer DJ Fuzz, kumpulan Viral mengakui banyak ilmu ditimba.

Viral yang dianggotai kembar seiras, Ahmad Amzar dan Ahmad Amsyar Ahmad Sabri, 21, memberitah­u kini mereka bergerak sendiri.

Menurut Ahmad Amzar, selama mendapat bimbingan daripada DJ Fuzz banyak ilmu dalam penciptaan lagu dipelajari.

Ujarnya, dia dan adik, Ahmad Amsyar memang sangat meminati muzik tetapi pada awal kemunculan mereka tidak mahir mencipta lagu.

“Sepanjang bernaung di bawah Mixology Music, ia membuka ruang dan peluang kepada kami untuk mencipta lagu.

“Banyak juga lagu yang kami cipta untuk Viral sendiri selain dinyanyika­n oleh penyanyi lain,” katanya.

Antaranya lagu Jangan Marah nyanyian Ernie Zakri, Biasa duet dengan Zahid, Oh No (duet Tasha Manshahar) dan banyak lagi.

“Viral sangat puas apabila mendengar karya yang kami hasilkan berkumanda­ng di radio.

“Termasuk, kini lagu duet baru Kumbang dan Bunga bersama Wani Kayrie. Kami tidak sangka lagu ini diterima,” katanya.

Mengenai keputusan Viral untuk bergerak sendiri dalam membangunk­an karier nyanyian, Ahmad Amsyar berkata, sekarang tiba masa mereka berdikari.

“Biarpun, untuk permulaan ini kami akui sukar tetapi lebih baik mencuba untuk kumpul pengalaman.

“Saya dan abang dapati ramai juga artis yang membuat keputusan bergerak sendiri boleh hidup menguruska­n karier seni mereka.

“Cuma, saya sedar kami berdua harus sedia berhadapan apa saja cabaran memandangk­an persaingan makin sengit,” katanya.

Menurut pemuda dari Kuantan, Pahang itu, kini Viral mampu berdikari untuk memantapka­n karier seni diceburi.

Apa pun, Ahmad Amzar berkata demi masa depan terjamin Viral juga memulakan langkah dalam perniagaan.

“Saya dan adik ada bekerjasam­a dengan rakan kongsi kami untuk berniaga produk makanan tambahan untuk kesihatan.

“Biarpun perniagaan kami masih baru tetapi Viral berasakan pembabitan dalam perniagaan adalah langkah terbaik,” katanya.

Mengenai single baru, Ahmad Amsyar berkata, kini dia dan abangnya dalam proses menyiapkan lagu.

 ??  ?? LOKASI: ISTANA BUDAYA KUALA LUMPUR
SOLEKAN WANI KAYRIE: SUHAIILA SAMAN (INSTAGRAM:@SUHAILLA_SAMAN/ FACEBOOK: SUHAILLA SAMAN/ TELEFON: 019 2438508)
SOLEKAN KUMPULAN VIRAL: LINDA (INSTAGRAM:@LINDA ISLIND/ FACEBOOK: LIND LIND/ TELEFON: 019 2092299)
LOKASI: ISTANA BUDAYA KUALA LUMPUR SOLEKAN WANI KAYRIE: SUHAIILA SAMAN (INSTAGRAM:@SUHAILLA_SAMAN/ FACEBOOK: SUHAILLA SAMAN/ TELEFON: 019 2438508) SOLEKAN KUMPULAN VIRAL: LINDA (INSTAGRAM:@LINDA ISLIND/ FACEBOOK: LIND LIND/ TELEFON: 019 2092299)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia