Harian Metro

Rosyam syukur masih relevan

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Gembira berjaya menjenamak­an diri tetapi perlukan disiplin,

pengorbana­n

Tahun depan usianya mencecah angka 51 tetapi penampilan Datuk Rosyam Nor persis teruna berusia 30-an. Pelakon, produser dan pengacara ini akui perlu melakukan sesuatu untuk kekal relevan di dalam industri.

Dia juga bersyukur masih ditawarkan watak utama pada usianya kini dan percaya tidak ramai pelakon seusianya yang berpeluang begitu sebaliknya sekadar mempunyai impian.

Katanya, dia tahu ramai mengimpika­n untuk terus pegang watak utama dalam filem tetapi dia gembira kerana berjaya menjenamak­an nama Rosyam Nor.

“Saya ada cara sendiri. Saya tidak berlakon drama, tidak mengambil watak bapa yang ada anak dewasa atau berlakon setakat dua tiga babak saja.

“Saya jaga penampilan dari atas ke bawah.

Setiap kali keluar, kena berpakaian potongan baru, pakaian semua beli sendiri. Walaupun ada yang mahu taja tapi kebanyakan tidak sesuai dengan penampilan yang saya mahukan.

“Sebab itu lebih baik beli sendiri tapi saya terpaksala­h berkorban keluarkan modal sendiri,” katanya.

Rosyam akui dia seorang yang cerewet dari segi penampilan. Dia tidak mahu nampak tua dan berperut buncit kerana selalunya peminat akan pandang rendah.

Sebaliknya, apabila berpenampi­lan seperti yang sering dilihat kini, dia dapat berdiri sama tinggi dengan pelakon baru yang sedia ada.

Walaupun sehingga terpaksa mewarnakan rambut, Rosyam akui usaha itu berbaloi dengan hasil sedia ada.

“Banyak kali saya cakap mahu buktkan kepada semua semakin matang seseorang pelakon, semakin dihargai dan boleh diberi watak besar.

“Kalau saya berjaya, tahun depan saya masuk 51 tahun, dapat pula menjadi ‘hero’ filem KL Special Force, sebuah filem aksi yang terbesar selepas KL Gangster lalu. Percayalah, mereka yang bawah saya akan ikut!” katanya.

Sambil membanding­kan hero Tamil popular Rajinikant­h, Rosyam mempersoal, adakah manamana bakat Malaysia yang mampu mengikut jejak pelakon itu?

Rosyam akui, usahanya adalah perjuangan­nya secara senyap dan bersifat peribadi. Namun, apa makna perjuangan andai tiada sokongan daripada mereka yang sewajarnya.

“Sebab itu saya berharap pengarah dan produser baru dapat beri ruang kepada pelakon seusia saya. Saya pernah duduk di atas dan pernah duduk di bawah, tipulah kalau tidak kecewa ketika berada di bawah.

“Pemikiran saya ialah untuk jenama Rosyam

Nor terus bertahan. Saya bersyukur melalui filem KL Gangster, program Maharaja Lawak Mega dan sebagainya banyak bantu kekalkan kedudukan.

“Saya lakukan semua ini untuk menjaga kedudukan saya di hati peminat muda yang pasti majoriti penyokong industri hiburan masa ini,” katanya.

Selain itu, Rosyam juga perlu adaptasi dengan tempo orang muda dan sanggup merendahka­n dirinya asalkan dapat bekerja dengan ‘orang baru’ yang memiliki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia