Harian Metro

Pengaruh tradisiona­l tak lapuk dek zaman

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Betapa maju pun kita ke hadapan, tradisi tidak pernah luput ditelan zaman termasuk gaya dan fesyen. Ibarat kata pepatah tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.

Walaupun pelbagai jenis fesyen mewujudkan pelbagai pilihan, kebanyakan daripada kita lebih senang memilih persalinan mencermink­an budaya.

Begitu juga dengan beberapa selebriti tempatan yang tetap memilih pakaian tradisiona­l untuk menghadiri majlis keramaian.

Tambah pula pada Syawal yang mulia, memilih pakaian tradisiona­l tidak bermakna mereka hilang gaya dan tidak menjadi perhatian umum. Malah, membuatkan rakan selebriti nampak ayu.

Pelakon Nonny Nadirah contohnya, sangat ayu dalam persalinan kurung kain kapas.

Corak bunga dan warna lembut menyerlahk­an lagi kemanisan di wajah walaupun dia hadir di majlis bersolek nipis.

Kebaya potongan

Pahang menjadi pilihan Ezlyn. Paling menarik, penyanyi lagu Hi Hi Bye

Bye itu nampak langsing dan lampai.

Siapa kata orang berbadan besar tidak nampak ayu dan cantik dalam persalinan tradisiona­l. Ada yang berpandang­an artis seperti Sherry Al-Hadad agak terhad dalam memilih busana.

Kalau mahu berpakaian tradisiona­l, Sherry hanya boleh berbaju kurung potongan luas. Ternyata pelakon dan pengacara itu membuktika­n pandangan seperti itu salah. Dia nampak cantik dalam kebaya warna jingga. Kerongsang menjadi titik tumpu dalam keseluruha­n gayanya.

Kain lepas kebelakang­an ini agak kurang digayakan, namun ia menjadi pilihan Natasha Elyzza. Baju ilusi kebaya dengan sulaman menjadi pelangkap gaya. Bagaimanap­un, keseluruha­n gayanya akan nampak lebih menyerlah sekiranya dia memilih kain lepas berasaskan batik.

Kebaya ilham tradisi

Bali ini membuatkan Azira Syafinaz nampak begitu manis. Tambah pula ia disarungka­n bersama kain batik cork flora daripada kain sutera membuatkan penampilan­nya nampak mewah.

 ??  ?? NATASHA ELYZZA
AZIRA SYAFINAZ
NATASHA ELYZZA AZIRA SYAFINAZ
 ??  ??
 ??  ?? SHERRY AL-HADAD
SHERRY AL-HADAD
 ??  ?? EZLYN
EZLYN
 ??  ?? NONNY NADIRAH
NONNY NADIRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia