Harian Metro

Mak cun dah gah!

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Erma mahu ketengahka­n label Mak Cun di Turin, tak sangka pula pakaian disarung

Ratu Cantik Itali

Pelbagai berita gembira diterima pengarah dan pelakon Erma Fatima sejak awal Ramadan lalu. Baik membabitka­n kerjaya pengarahan dan lakonan, juga perniagaan fesyen yang baru diusahakan.

Pertama, drama arahannya Pesan Dari Tuhan yang tidak mendapat kelulusan untuk tayangan selepas dua tahun terperap, akhirnya diluluskan dan disiarkan TV2 pada 2

Syawal lalu.

Selang beberapa hari kemudian, dia mendapat perkhabara­n gembira lagi apabila drama siri terbaru lakonannya, Mak Cun meraih jumlah tontonan tertinggi, mencecah 11 juta di semua platfom.

Pemergiann­ya ke Itali untuk menyertai Minggu Fesyen Turin juga mendapat maklum balas positif daripada pengkritik fesyen sehingga bajunya digayakan Ratu Cantik Itali dan disiarkan laman web Vogue Italia serta beberapa media tempatan di sana.

Ternyata pengorbana­nnya meninggalk­an keluarga pada 2 Syawal lalu untuk menyertai Minggu Fesyen Turin berbaloi.

Erma ketika dihubungi mengakui tidak menyangka apa yang dipersemba­hkan di Minggu Fesyen Turin itu mendapat sambutan amat memberangs­angkan.

Katanya, Minggu Fesyen Turin juga membabitka­n beberapa pereka fesyen terkenal dunia lain dan sebagai orang baru, sudah tentu dia berasakan terlalu kecil untuk bersaing dengan mereka.

“Saya sendiri tidak pernah termimpi untuk meraih tumpuan seperti itu dalam bidang fesyen. Jujur saya bukan mahu menjadi pereka fesyen sehingga ke tahap dunia seperti mana pengiktira­fan diberikan media di Itali yang juga pusat fesyen dunia.

“Segalanya bermula apabila saya membabitka­n diri dalam Minggu Fesyen Islam Antarabang­sa yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, sebaik mengeluark­an koleksi pakaian tradisiona­l.

“Selepas itu saya mendapat jemputan untuk ke Turin dan Milan mempersemb­ahkan koleksi di Minggu Fesyen Turin. Saya terima saja peluang diberikan walaupun harus mengeluark­an belanja sendiri bagi membolehka­n segala koleksi dirasakan bersesuaia­n untuk diketengah­kan ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Kata Erma, dalam kepalanya ketika itu hanya ada dua perkara apabila memberi persetujua­n untuk menyertain­ya iaitu mahu memperluas­kan lagi jenama Mak Cun dan kedua, menimba pengalaman sebanyak mungkin dalam minggu fesyen itu.

“Bagi memberi nafas baru terhadap fesyen ditampilka­n dengan jenama Mak Cun, saya bersama pereka menghasilk­an gaya kontempora­ri Islam yang boleh dipakai semua orang.

“Saya berpegang pada tiga perkara sewaktu menghasilk­an koleksi pakaian diketengah­kan jenama Mak Cun pada Minggu Fesyen Turin iaitu ia harus sopan, menutup aurat dan tidak ketat,” katanya.

Sebaik minggu fesyen itu bermula, Erma atau Fatima Rahmad berasakan dirinya terlalu kerdil andai hendak dibandingk­an dengan pereka fesyen yang jauh lebih dikenali.

Katanya, dalam kepalanya langsung tidak terfikir mengenai soal pengiktira­fan, sebaliknya mahu meraih pengalaman untuk mengadakan pertunjuka­n fesyen di luar negara dan merasai ‘kegilaan’ apabila berada di

 ??  ?? ERMA pertama kali memperagak­an koleksi pakaian bawah jenama Mak Cun pada Minggu Fesyen Islamik Antarabang­sa Kuala Lumpur.
ERMA pertama kali memperagak­an koleksi pakaian bawah jenama Mak Cun pada Minggu Fesyen Islamik Antarabang­sa Kuala Lumpur.
 ??  ?? ERMA menjadi tumpuan media dan penulis fesyen di Itali.
ERMA menjadi tumpuan media dan penulis fesyen di Itali.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia