Harian Metro

Rakaman dokumentar­i khas mak cun di Itali

-

Apabila Mak Cun yang disiarkan TV3 barubaru ini mencatat 11 juta tontonan, difahamkan ada ura-ura untuk menyambung siri itu hingga 2019.

Dengan berita terbaru ini, mungkinkah Erma paparkan pembabitan­nya dalam Minggu Fesyen Turin dalam siri terbaru Mak Cun nanti.

Dalam hal ini, Erma akui memang ada membuat rakaman kunjungann­ya ke Turin tetapi bukan untuk siri TV Mak Cun akan datang.

Katanya, dia mahu menghasilk­an dokumentar­i khas membabitka­n pemergian Mak Cun ke Itali dalam mengembang­kan jenama fesyennya ke luar negara.

“Paparannya membabitka­n bermula daripada tawaran diterima untuk ke Itali, diikuti bagaimana kerja-kerja rekaan dilakukan dan baju dijahit sehinggala­h diperagaka­n di Turin, Itali,” katanya.

Selain harus memikirkan projek drama siri Mak Cun sehingga

2019 dan sekarang terbabit dalam penerbitan program mencari CEO Desa yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta serta perniagaan diusahakan bawah jenama Mak Cun, Erma akui ia cabaran besar yang harus dihadapiny­a.

“Jujur saya tidak tahu bagaimana hidup saya tanpa semua ini dan tidak bekerja. Semua yang saya lakukan sekarang ini sebenarnya adalah kegembiraa­n dan kepuasan buat saya.

“Walaupun sibuk dan mengambil masa panjang untuk melakukan semua projek ini serta turut membuatkan saya berasa tertekan, inilah yang saya mahukan.

“Kalau dilihat apa yang saya rancangkan ini, terlalu banyak tetapi sebenarnya ia sudah dijadualka­n dengan baik,” katanya.

Erma akui tahun ini dia tidak ada kehidupan untuk diri sendiri sehingga rutin yang dilakukan setiap tahun apabila sambutan Aidilfitri tidak dapat dilakukan.

“Pada malam raya, saya harus mengendali­kan program siaran langsung TV3, kemudian 2 Syawal terbang pula ke Itali. Memang sambutan Aidilfitri tahun ini jauh berbeza.

“Bagaimanap­un, saya berasakan apa yang dilalui dan pengorbana­n dibuat membuahkan hasil,” katanya.

 ??  ?? TURUT turun padang membantu produksi Vouge peraga busana ciptaannya.
TURUT turun padang membantu produksi Vouge peraga busana ciptaannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia